Monday, May 16, 2011

Adat Perpatih.

hye hearts!! :)



selesai sudah orang kahwin. asyik asyik orang je yang kahwin, yang aku ni bila ye dak? haha. bukan gatai, tapi tak mahu tunggu lama. huhu.





ingatkan nak pergi majlis kahwin sehari awal, tapi disebabkan Maharaja Lawak ada, terpaksa batalkan niat nak pergi sehari awal. haha. nasib lah kan. Maharaja Lawak jugak yang aku nak tengok sangat! padahal Nabil tak berapa nak mengancamla. demam pulak dia. kesian Nabil. huhu.





berbalik pada cerita kahwin tadi. korang pernah dengar tak adat perpatih? mesti pernah kan? kat sekolah dulu dah belajar la, walaupun tak berapa nak mendalam kan. tapi yang penting, mesti tahu dan paham sikit sikit kan?





kaitannya entry ini dengan adat perpatih bermula dengan kisah, kawan kawan lelaki aku semua taknak kahwin dengan orang negeri sembilan. bila aku tanya kenapa, semua buat muka stok nak mintak penampar. takut ke malu entah nak bagi jawapan. cakap jelah kan. aku bukannya makan orang!





bila dah desak banyak banyak kali, baru nak bagitahu. kata diorang, kalau kahwin dengan orang negeri sembilan ni, nanti harta semua pergi dekat bini negeri sembilan tu. jawapan aku, KEPALA HOTAK KAU! sesuka hati je buat kesimpulan sendiri kan? haha. kan dah kena!





sebab kenapa kebanyakkan orang taknak kahwin dengan orang negeri sembilan ni semuanya sebab harta. sebenarnya korang ni dah salah anggap ni. harta yang di maksudkan bukanlah harta keluarga, tapi adalah harta keluarga bini kau tu sendiri la. takkan sekali kali kami ni, wanita negeri sembilan nak ambil harta suami tau!





sebagai contoh, orang penang kahwin dengan orang negeri sembilan (nak jugak bagi contoh penang. haha. gatal!). lepastu keluarga perempuan negeri sembilan ni ada tanah yang berpuluh puluh ekar dan rumah pusaka, jadi, tanah tadi akan dibahagikan kepada anak perempuan mengikut bahagian masing masing. yang rumah pusaka tadi tu pulak, jatuh kat tangan anak perempuan yang paling bongsu dalam keluarga tu.





so sekarang, harta yang dimaksudkan, memang tiada kaitan langsung dengan harta keluarga lelaki. kalau diikutkan, lagi untung kahwin dengan anak perempuan negeri sembilan ni tahu tak! harta ada, bukannya nak menghabiskan harta suami aje. paham? haha.





lepasni, jangan lah berebut rebut nak ngorat anak dara negeri sembilan pula ye? haha. well, terlerai sudah kekusutan ni. haha.






nak pergi cari broadband la. senang sikit nak mengonline kat rumah!






*_____* tengah sibuk menyenaraikan nama anak anak masa hadapan. :)





ps : broadband dah ada! hehe.




*gambar konvo!


Sama - sama lah kita klik.

Monday, May 9, 2011

Dia Yang Ada Baby Dulu.

hye hearts!! :)





sedang wa sibuk sibuk google cara nak dapat baby kembar. ada orang tag wa kat fb.






rupa rupanya kawan sekolah rendah baru jumpa kat fb. haha. gila eksaited kan! borak punya borak punya borak. rupa rupanya dia dah kahwin weh! siap dah ada baby lagi. waaaaaaaa!





wa jeles ni beb! wa nak baby jugak! wa mengidam nak dukung baby ni babe!





wa nak pinjam anak kamu la!!   huhuhu..






please! datang rumah wa bawak baby tu k?




atau wa datang JB jelah! nampak sangat desperate.



encik abang, jom nikah! :)





Sama - sama lah kita klik.

Selamat Hari Mak!

hye hearts!! :)



masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Ibu kan?



kalau belum, meh sini nak ucap!




selamat hari ibu, mak!



bagi adik, hari hari pun adalah hari ibu. terima kasih kerana melahirkan adik, membesarkan, mendidik, menjaga, mengasuh, membelai, memarahi dan semuanya lah. hehe.



adik sayang mak. walaupun adik tak cakap, tapi adik sayang mak.




luv u mak!






pendek je. nanti nangis pulak. huhu.





Sama - sama lah kita klik.

Tips Anak Kembar.

hye hearts!! :)



dah lama tak menaip la. rasa lupa pulak macam mana nak menaip. haha. berlagak kau ni ye pempuan! baru cuti beberapa hari dah berlagak. haha. well. nak buat macam mana, orang lain semua tengah berpraktikal. haha. sunyi sepi lah jawabnya.




adoi. ot rindu la kat blog ni. rindu jugak kat kawan kawan ot. dah lebih seminggu semua orang balik rumah dan buat hal masing masing. huhu. entah bila la dapat jumpa kan?





ok. kali ni nak menulis mengenai KEMBAR. cakap pasal kembar terus jadi gila weh! nak sangat menimang cahaya mata. padahal menikah pun belum. lain la macam encik UJANG dan puan YANA kan? haha. selamat pengantin baru!! semoga kekal hingga ke akhir hayat ya! lahirkan baby baby yang comel comel belaka! nanti mahu dukung! hehe. rasa macam dah lambat nak wish. tapi apa ade hal. ikut wa ah nak wish bila kan? haha.





pagi tadi, ot melantak pisang kembar. dengan harapan, ot kahwin nanti, ot dapat baby baby kembar dengan muka seiras! wah! berangan tak sudah! macam lagu jayjay plak. haha. anyway, i love kids! life is nothing without kids! muahaha.






dengan ini, berlari laju and terus keluarkan semua duit dari beg duit semata mata nak penuhkan tabung kahwin! :)





ada sesiapa yang tahu cara nak dapatkan anak kembar? :)





stop it ot. jom kita pergi kelas. *kantoi ah wa buat shortsem!*





Sama - sama lah kita klik.