Sunday, June 5, 2011

Di Sebalik Nora Elena.

hye hearts!! :)



tadi kan wa baru je lepas baca paper hari ni. orang baca paper pagi pagi, tapi wa baca malam malam. haha. memang wa lambat sikit lah dapat berita kan. bukan berita terkini nama nya, tapi berita dah terlambat ni. haha.





well, tadi wa baca paper tuh wa terbaca la segmen komen mengomen oleh ahli paper tuh. baca punya baca punya baca, ramai pulak yang komen pasal cerita kat tv3, nora elena tuh.






diorang kutuk cerita tuh bukan main lagi, cerita tak best la, cerita merapu la. baik letak nama ceot la. eh! wa tipu je semua ni. haha. diorang semua sibuk komen pasal waktu siaran cerita ni. dari pukul 7 petang sehingga 8 malam.





kata diorang, waktu tayangan tak sesuai. nak sembahyang maghrib la, apala. kenapa mesti salahkan waktu siaran? kalau ikutkan, masuk waktu, terus ajelah sembahyang kan? kenapa nak salahkan siaran tu jugak?





biarkan ajelah cerita tu nak bersiar, yang kita ni, masuk waktu, pergi ambil wudhu' dan terus solat. kan senang? nak salahkan waktu siaran jugak. tak paham aku!







*_____*   rehat sekejap dari menaip tadi, niat nak kejutkan encik abang ajak g makan. tengok tengok dia peluk paper gambar neelofa lagi! memang menaikkan kemarahan sungguh! tinggalkan aje dia dekat meja makan tu!




bye hearts! :)



Sama - sama lah kita klik.

Berita Jam 10

hye hearts!! :)


dah lama tak menulis. rindu pulak! makin lama kat rumah, makin macam macam perasaan yang timbul! huhu.




banyak benda yang jadi dalam minggu ni. malam tadi on9 fb tengok tengok officemate dulu dah tunang! ooyeah! congratz kak intan! cepat cepat naik pelamin ye! hehe.




3hari yang lepas, sibuk mengecat rumah, so nak tayang kan hasilnya lah ni. haha. sila lihat!


ni feature wall! betul ke aku eja? haha. takdela, saje nak warnakan dinding warna ni!


 oh ye, ada berita gembira lagi!





tauke dia hensem! macam cina. lalala~ nak nombor telefon boleh? haha


haa, dah pasang grill! so sekarang bila nak tinggal sorang kat rumah, dah tak takut dah. hehe. tapi takut jugak la! ngeh3! sejak peristiwa kena pecah masuk tu, terus rasa tak safety! along pun decide nak pasangkan grill kat rumah ni. thanx along!


oh ye, ada lagi satu benda nak share.


wa tak sabar nak tauliah wei!




ok lah! papai hearts! nak siap siap. nak jemput encik abang kat komuter! lainkali tinggalkan kunci motor lagi, kan dah kena naik komuter!




Sama - sama lah kita klik.

Saturday, June 4, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang!

hye hearts!! :)



3 Mei 2011, genap 5 tahun umur anak buah wa no 2. Nafiesa Ridanie nama dia. hehe. kejap je dah besar anak buah mak ngah ni. huhu. makin besar, makin banyak kepandaian dia ni tau. nakal bukan main lagi! haha.



nak dijadikan cerita, abah dia pergi lah belikan kek siap dengan KFC lagi nak jamu satu keluarga. dah makan makan, minum minum, ambil gambar, tiup lilin, kemas meja semua, dia bersuara, 'semua orang tak kisah pun hari jadi kakak'. terus semua gelak kan dia and cium dia puas puas. haha.




kalau tak kisahkan, takde la kek semua tu kan? padahal jumaat sebelum birthday dia tuh, cikgu dia dah bawak dia pergi makan KFC. haha. siap jumpa chicky lagi! tu pun dia kata tak kisah lagi. haha. tak paham betul ah wa dengan anak buah wa yang sorang ni! haha. terima ajelah! haha. wa pun ambik kamera, capture pic dia tengah muram + bengang dengan abang dia. haha.





untuk kakak, selamat ulang tahun sayang!
 


             makngah sayang kakak sangat sangat. makngah doakan kakak panjang umur murah rezeki tau! satu je yang makngah mintak dari kakak, belajar pandai pandai dan balas jasa insan yang dah membesarkan kakak. tak semestinya dengan duit kan kakak! kakak mungkin tak paham apa yang makngah cakap, tapi nanti dah besar, mesti kakak tahu apa yang makngah nak! sayang kakak! hehe.



                                                                                                                              lots of love,
                                                                                                                              makngah!





layankan gambar gambar sekitar birthday party dia k! hehe.




me and the birthday girl! sebelum potong kek merayau dulu!

tengok perut saya! bulat macam kepala saya tak?? hehe.









dia yang paing tak sabar. macam birthday dia pulak! haha.



budak gemuk tamak! tengah suap, still pandang kek kat kakak dia. haha.


pencuri tulang! haha.

muka tak puas hati.




entry tertangguh! sibuk mengecat rumah!




Sama - sama lah kita klik.

Tuesday, May 31, 2011

Jalan Ampang Ke?

hye hearts!! :)



hari ahad lepas, kami pergi Jalan Ampang. bajet nak naik kereta, tapi bila naik je highway dari Seremban, tengok kereta macam main enjit enjit semut je, terus tukar plan nak pergi Jalan Ampang naik motor. park kereta kat UKM, tukar motor encik abang kat UKM tu. haha. nasib baik ada backup plan nak ke Ampang!




dari tadi terAmpang Ampang, lempang jugak kang tak bagitahu nak buat apa kan? haha. pergi Ampang tuh nak melawat kawan kat sana, kat Gleneagles Kuala Lumpur.




tapi tak dapat jumpa pun sebab dia tengah buat kimo. tapi kami tunggulah jugak sampai malam. dekat pukul 10. tetap tak jumpa jugak, sebab kimo habis around 11 malam tu. terpaksalah melangkah pergi. huhu. sedih. nak sangat jumpa, tak jumpa jumpa jugak.




bila dah lama menunggu, perut pun rasa lapar. tup tup, encik abang ada dapat kupon pizzahut, apa lagi, melantak pizza lah kan. haha. mangsanya? wa la! siapa lagi kan? haha. nasib lah kan. wa yang ajak, wa ah yang kena belanja kan? bajet, orang yang ada kupon la yang belanja kan, tapi tidak, wa kena ketuk! walaupun wa tak makan pizza, tapi wa layan gakla sikit sikit kan! haha. kesian wa weh!





pilihan wa. guna kupon juga! 25% off for each item.

salah pilih lah depa ni, simple sangat pizza ni! tak meriah!

sebelum ni, dia buat muka tak puas hati sebab wa nak amik gambar pizza je, bukan dia. haha.

 kami pergi bertiga je. yang 2 orang lagi memang rugi ah sebba wa tak belanja pizza kan? mungkin takde next time! haha.





ahad wa belanja pizza, isnin cik ropi belanja boling pulak! haha. sampai 3game kitorang main. sempat jugak la berkenal-kenalan dengan adik adik lane sebelah. haha. siap tanya lagi, 'akak, kenapa akak terror sangat ea?' haha. wa tak cakap, tapi dia yang tanya. haha. obvious sangat kan? haha.




buat adik tu, kalau terbaca entry akak ni, nanti kita fight ye? haha. adik belanja tau! haha.





*_____* tengah menunggu gambar points boling semalam. haha. :) wa menang 2x beb!





Sama - sama lah kita klik.