Monday, April 22, 2013

Rani Malaysia vs Rani Saudi

assalamualaikum semua !

sihat semua ? harap semua sihat lah hendaknya ya ? minggu ni minggu tak best sebab sekolah 6 hari minggu ni. seddih kan ?

ha, tengok intro pon dah tau ada benda yang tak puas hati yang nak dikongsikan. ye tak ? nak dijadikan cerita, sekarang kan musim kahwin, jadi, aku pon gatal gatal la nak pakai inai. tapi aku ni memilih sikit. taknak pakai inai biasa tu. nak pakai inai Rani yang orang selalu beli time buat umrah atau haji tu. haaa. memilih kan ? bukan apa, kualiti itu penting.

cantikkan warna dia?


jadi, bila dah tanya kawan kawan, diorang cakap takde, apa susah gi je beli kt Mydin. aku ni dah nama pon tak sabar sabar nak pakai inai, beria ajak encik tunang temankan beli inai yang RM1.50 tu ! dalam hati bajet sama dengan inai Rani tu. nama pon Rani Malaysia kan. PUI !!!

nak dijadikan panjang sikit cerita ni, balik tu beria lah aku pakai. dengan niat nak dapat warna yang cantik la macam sebelum ni. sekali bila dah kering, tau rupa dia macam apa?

macam kuku perempuan jahat ! eeee sakitnya hati ni takde siapa yang tau ! ahaha. kecuali encik tunang. agaknya dia pon rimas tengok aku beria nak hilangkan inai Rani Malaysia tu.


tengok ! buruk kan inai tu? jari tak payah komen. bagi pelempang kang!


tau apa aku buat ? habis aku wechat, whatsapp, bbm dan tanya semua orang yang ada dalam contact list aku. haha. ayat yang sama, 'ada tak saudara mara atau jiran yang baru balik umrah? nak mintak tolong tanyakan, ada tak inai Rani kotak hijau? inai kuku dalam tiub.' ni la ayat yang sama aku guna. haha

abis semua aku tanya, tetiba ada seorang anak murid ni bagitau de kawan dia yang baru balik umrah, tak silap lah. aku pon apa lagi, macam cacing panas, mintak dia tolong tanyakan. haha.


alhamdulillah, dia ada inai tu, kenapa aku beria nak inai tu? sebab aku nak cover keburukan inai Rani Malaysia ni tau tak ! so tadi pagi, gi sekolah, terus anak murid tu datang jumpa aku, bagi 2 kotak ! yes ! alhamdulillah ! hehe. ingatkan nak beli, tapi dia kata bagi je. terima kasih ya aten. sayang aten. haha.

so sekarang ni, saat ni, tengah menaip dengan kuku berinai ni. nampak keterujaan dia tu?



Rani Saudi !

ps : BBM di dalam gambar bukan nya akronim bagi Blackberry Messenger, tapi Bahan Bantu Mengajar. haha.

ok. so bila dah dapat dua kotak ni tadi, memang tak tunggu balik. dalam bilik guru pon dah pakai kat kuku dah. haha. beria nau kan? memanglah. taknak aku jadi perempuan jahat sampai hilang warna inai ni.

jadi korang, jangan mudah terpedaya dengan barangan yang acahacah sama dengan barang yang original ni. sebab memang takkan sama ! so kalau ada sesiapa nak gi sana, sila bagitahu saya, nak kirim inai ni please !

to encik tunang, jangan risau, saya takkan memekak dengan awak lagi nak mintak tolong bagi cadangan hilangkan inai buruk tu. haha. nasib baik mak dah sorokkan inai Rani Malaysia tu, kalau tak memang aku dah tepek gambar tu kat sini !

ok lah, nak gi basuh tangan dan nak tengok hasil Rani Saudi ni. see ya ! assalamualaikum!

#notatapakkaki pakai inai tak semestinya nak kahwin !

No comments: