Wednesday, September 4, 2013

Running Man

keranamu Running Man !! aku paksa bakal suami beli benda ni, khas untuk sedut Running Man ! HAHAHA !



jom layan Running Man sampai lebam !! dok sibuk layan kat tv, episod mula mula tak tengok lagi. so layan dari episod 20 jom !

Monday, July 22, 2013

Telekung Gojes dari Mia Mikhail

assalamualaikum w.b.t.

hari Isnin hari untuk bermalas-malasan. boleh macam tu? mesti tak boleh kan? hari ni kat sekolah, asyik marah anak murid je. nak ponteng kelas sangat kan? memang kena marah lah dengan cikgu ni ! ok, balik je dari sekolah tadi, lepas solat siap siap semua bukak email !

yahoo ! design banner dan penunjuk arah dah siap ! siap dengan pembetulan sekali. haha. memang puas hati !! ok dah siap usha banner dan penunjuk arah lama lama, mula lah bukak facebook dan macam macam lagi. tak cukup berfacebook di handphone, nak jugak kat laptop ! sabar ajelah !


masa tengah bukak fb tadi, ternampak satu page ni, Mia Mikhail !! bukak punya bukak punya bukak, terus jumpa telekung yang masya-ALLAH cantiknya ! terus berkenan rasa nak rembat buat hantaran ! boleh tak encik bakal suami ???

antara telekung pilihan :-

Lycra ni ! sejuknya !! hehe.


cantik sangat !

jadi dalam hati dah berkenan sangat, cuma tunggu kata putus encik bakal suami ! *sambung rayau*

:')

Sunday, July 21, 2013

Design Kad Kahwin

Assalamualaikum w.b.t.

tinggal lagi 4 bulan 1 minggu 1 hari sebelum my big day and sekarang ni rasa macam dah tak cukup tanah. haha. rasa macam semua benda nak kena buat lepas tu macam tak sempat. haha. ok memandangkan dah tinggal lagi 4 bulan ni, kitorang dah mula buat tempahan kad kahwin. kat mana? kat sini !


tapi mula mula dulu kitorang gi je terus kedai diorang. tapi branch la kat PD sana tu. jadi masa kat sana, kitorang pilih siap siap design apa yang kitorang nak, dan urusan seterusnya berjalan secara atas talian.

jadi design apa dan saiz macam mana yang kitorang pilih adalah yang simple sahaja. sebelum tu meh nak tunjukkan korang pakej yang aku ambil.

ni saiz kad yang kitorang pilih

kitorang ambil pakej yang sekeping ni sahaja dan design ni ada kedua dua belah pihak pengantin. jimat ! bagi aku, kad kahwin ni tak payah memahal pun takpe sebab nanti orang buang kan??

pakej baloi memang berbaloi ! *dapat komisen tak?*


so ni pakej yang kitorang amik. senang citer siap semua ni. pastu kitorang mintak dia designkan untuk dua dua tarikh supaya nanti boleh pakai masa kat majlis sana. jimat kan? haaaa memang jimat. cuma nanti penunjuk arah tu mungkin tak boleh nak guna semua la. mana yang boleh guna jela akan kami ambil. selebihnya simpan dalam kotak dan letak dalam almari pakaian yang besar tu ! yahooo !


so pada sesiapa yang nak kahwin tu, boleh la usha usha sini. mana tau ada yang berkenan kan? jimat lagi menjimatkan tau ! design kad kitorang dia dah hantar by email, cuma baru lepas semak segala ejaan dan warna tema. dan pembetulan akan dibuat dalam masa terdekat. mintaminta lah nanti kad tu menjadi kad kahwin yang tercantik pernah kami ada. *bunyi macam dah berkali kali kahwin je.haha.*


ok daaaa. nak sambung rayau rayau cari DIY hantaran :')

Tuesday, July 9, 2013

Honda Civic baru !

Assalamualaikum w.b.t.

baru je lepas bukak blog abang Ben Ashaari tadi. terus terpegun dengan entry dia tentang Honda Civic baru. kereta idaman weh !

better korang cekidout sini ! sumpah tak menyesal !

korang bayangkan abang ben dapat testdrive civic yang baru tu ! pengsan aku rasa bila memikirkannya semula !


kena masukkan dalam wishlist ni !!!

tengok betapa angkuhnya civic !!

oh my baby !


keangkuhanmu membunuhku !
kenapa civic? sebab kereta ni sangat angkuh ! dan aku minat gilagila sampai bilabila. dah jangan cakap banyak, gi wushaa!