Monday, July 22, 2013

Telekung Gojes dari Mia Mikhail

assalamualaikum w.b.t.

hari Isnin hari untuk bermalas-malasan. boleh macam tu? mesti tak boleh kan? hari ni kat sekolah, asyik marah anak murid je. nak ponteng kelas sangat kan? memang kena marah lah dengan cikgu ni ! ok, balik je dari sekolah tadi, lepas solat siap siap semua bukak email !

yahoo ! design banner dan penunjuk arah dah siap ! siap dengan pembetulan sekali. haha. memang puas hati !! ok dah siap usha banner dan penunjuk arah lama lama, mula lah bukak facebook dan macam macam lagi. tak cukup berfacebook di handphone, nak jugak kat laptop ! sabar ajelah !


masa tengah bukak fb tadi, ternampak satu page ni, Mia Mikhail !! bukak punya bukak punya bukak, terus jumpa telekung yang masya-ALLAH cantiknya ! terus berkenan rasa nak rembat buat hantaran ! boleh tak encik bakal suami ???

antara telekung pilihan :-

Lycra ni ! sejuknya !! hehe.


cantik sangat !

jadi dalam hati dah berkenan sangat, cuma tunggu kata putus encik bakal suami ! *sambung rayau*

:')

No comments: