Tuesday, May 31, 2011

Jalan Ampang Ke?

hye hearts!! :)



hari ahad lepas, kami pergi Jalan Ampang. bajet nak naik kereta, tapi bila naik je highway dari Seremban, tengok kereta macam main enjit enjit semut je, terus tukar plan nak pergi Jalan Ampang naik motor. park kereta kat UKM, tukar motor encik abang kat UKM tu. haha. nasib baik ada backup plan nak ke Ampang!




dari tadi terAmpang Ampang, lempang jugak kang tak bagitahu nak buat apa kan? haha. pergi Ampang tuh nak melawat kawan kat sana, kat Gleneagles Kuala Lumpur.




tapi tak dapat jumpa pun sebab dia tengah buat kimo. tapi kami tunggulah jugak sampai malam. dekat pukul 10. tetap tak jumpa jugak, sebab kimo habis around 11 malam tu. terpaksalah melangkah pergi. huhu. sedih. nak sangat jumpa, tak jumpa jumpa jugak.




bila dah lama menunggu, perut pun rasa lapar. tup tup, encik abang ada dapat kupon pizzahut, apa lagi, melantak pizza lah kan. haha. mangsanya? wa la! siapa lagi kan? haha. nasib lah kan. wa yang ajak, wa ah yang kena belanja kan? bajet, orang yang ada kupon la yang belanja kan, tapi tidak, wa kena ketuk! walaupun wa tak makan pizza, tapi wa layan gakla sikit sikit kan! haha. kesian wa weh!





pilihan wa. guna kupon juga! 25% off for each item.

salah pilih lah depa ni, simple sangat pizza ni! tak meriah!

sebelum ni, dia buat muka tak puas hati sebab wa nak amik gambar pizza je, bukan dia. haha.

 kami pergi bertiga je. yang 2 orang lagi memang rugi ah sebba wa tak belanja pizza kan? mungkin takde next time! haha.





ahad wa belanja pizza, isnin cik ropi belanja boling pulak! haha. sampai 3game kitorang main. sempat jugak la berkenal-kenalan dengan adik adik lane sebelah. haha. siap tanya lagi, 'akak, kenapa akak terror sangat ea?' haha. wa tak cakap, tapi dia yang tanya. haha. obvious sangat kan? haha.




buat adik tu, kalau terbaca entry akak ni, nanti kita fight ye? haha. adik belanja tau! haha.





*_____* tengah menunggu gambar points boling semalam. haha. :) wa menang 2x beb!





Sama - sama lah kita klik.

Hari Untuk Berjalan Jalan

hye hearts!! :)




baru balik jalan jalan kat bangi, beli barang barang nak buat kuih raya, awalkan? semangat je lebih ni. konon nya. padahal hantar encik abang balik UKM. dah mula rindu dah. dem! dia ada interview esok dekat Sri Hartamas. Goog Luck ya dear! praktis tau malam ni. haha.





petang tadi jalan jalan beli cat. haha. hebat kan? jalan jalan nampak cat terus nak beli. raya tahun ni nak tukar warna bilik ni. hihi. bukan bilik je ni, rasa macam satu rumah je nak kena cat ni. gambar rumah and gambar bilik, nanti nanti upload ye?




ni nak tunjuk gambar pilih warna cat, and tauke tu bancuhkan warna yang kami nak! weee! sewonok!!








haaa. kat sinilah disebatikan warna putih dengan warna pilihan kita tadi.









ambil gambar banyak kali pun still tak nampak colour tuh jatuh dari printer! huhu.






p/s : encik abang janji nak tolong cat kan? kalau tipu, siap la ye!





ok lah! nak tengok asmara! hehe.



Sama - sama lah kita klik.

Saturday, May 28, 2011

Diari Suami 9 Bulan.

hye hearts!! :)



serius bosan gila hari ni. menaip pasal mati pucuk tak sudah sudah lagi. huhu. naik muak dah tengok taip! siapa rajin nak buatkan? huhu.




sambil menaip, layan cerita Diari Suami 9 bulan. cerita ni pasal adik beradik pregnant and suami diorang ni menulis dalam diari. hehe. memang macam macam perangai diorang buat time preggy! serius comel gila bapak! haha. emosi je masing masing! Cat Farish memang menulis dalam diari untuk isteri dia, Intan Ladyana. tapi Kamal Adli pulak menulis dalam blog untuk isteri dia, Yana Samsudin.




nak tahu blog dia? klik SINI. ingatkan blog tu tipu. betul betul wujud la blog dia. tapi tak banyak entry pun! hehe.




nway, memang seronok cerita ni! hehe. berangan sorang sorang dalam bilik sambil masukkan bantal dalam baju. haha!




jom sambung layan cerita ni!




Sama - sama lah kita klik.

Friday, May 27, 2011

Kenapa Wanita Benci Lelaki?

hye hearts!! :)



hari ni wa nak share tentang 20 perkara yang membuatkan wanita membenci lelaki. saja jelah kan nak share share sebelum mula buat assignment ni. haha. nak sambung menggoogle bahan lucah mati pucuk ni. 30hb dah nak kena submit. nasib baik, tak kena print, nasib tak baik, broadband dah melembabkan dirinya. aiseh! lemau la gini kan? haha. ok. jom kita mula share share. buka bluetooth anda! kalau takde, bukak infrared! :p





ok. kita mulakan.




1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?


5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!








tamat! sumber daripada  Tentang Cinta.





memang berguna website tu! ada pasal mati pucuk tak agak agak? hehe.





Sama - sama lah kita klik.

Wednesday, May 25, 2011

Nanti Saya Cari Kerja Ya?

hye hearts!! :)



susahlah bila da habis belajar ni. duduk rumah takpe. tapi kalau keluar rumah nak sidai baju, nak sapu rumah, tetiba lak ada pakcik makcik atuk nenek yang lalu, soalan diorang yang pasti, 'dah kerja dah dik?'. dem! tension siot!



kadang kadang tuh rasa macam, bila pakcik makcik atuk nenek tuh lalu, nak bagi jawapan siap siap, 'belum lagi. tolong mak buat bahulu ajela.'. nanti kata biadap pulak kan? haha.




well, sebenarnya bukan nya wa taknak kerja, tapi kan, sekarang ni wa tengah buat shortsem, kelas setiap isnin and rabu je. so, hari hari yang lain tuh, pakcik makcik atuk nenek ni selalu la nampak wa kat rumah kan. tu yang kerja diorang tak lain tak bukan tanya wa dah kerja ke belum. dem! wa tension ni!




apa? part time? ok, wa memang nak buat part time, tapi wa demand, isnin and rabu tak mahu kerja. terus diorang halau wa keluar premis, jangan datang datang lagi. baru nak jadi waitress kau dah demand ye? =.=




so, how? lagi pun, lagi sebulan kelas wa nak habis. lepas tu, wa nak berangkat ke johor pulak. wa ada pertauliahan kor sukarelawan polis siswa/siswi. tak ke namanya sengaja carik pasal lagi ngan premis tu? haha.




sebab tu wa malas nak kerja sekarang ni. mak wa pun cakap, buat setakat yang mampu, bila da free, dah boleh bagi full komitmen, barula carik kerja. tak kira la part time ke full time kan?




anyway, wa ade apply SPA. haha. bak kata kawan kawan  wa, kau tunggulah berzaman zaman baru diorang respon. haha. takpelah. wa masuk polis je la kan? haha.




tak sabar wa nak tunggu setahun akan datang. nasib baik wa JPA scholar, kalau tak, wa dah kerja sendiri dah!





Sama - sama lah kita klik.

Mati Pucuk.

hye hearts!! :)



dah lama tak mengupdate kan? ni pun curi curi nak update. rindu punya pasal. haha.



sebenarnya, wa ada assignment nak kena buat ni. hantar minggu depan. haha. baru pulun nak buat ni.



cer teka, assignment apa wa dapat?




haha. wa dapat assignment mati pucuk weh! sebenarnya bukan dapat, tapi wa yang pilih. haha. eh, bukan wa gatal la der. wa rasa cam senang je nak buat kan. wa pun ambikla. tapi sebenarnya payah tau. asal wa google je, mesti keluar yang lucah lucah. macam mana assignment wa nak siap ni? haha. tak. tak. wa tak layan semua tu. haha.




kalau wa layan, sampai ke sudah la assignment wa ni tak siap tau! haha. semangat wa google, semua yang keluar buat wa tak paham, bila wa tak paham, wa kena la tengok dengan teliti kan? haha. takla. mana ada keluar yang bukan bukan. istilah perubatannya banyak sangat la, tuh yang wa tak paham tu! *cover..cover..* haha.




sesiapa yang ada idea atau macam mana nak cari info, roger wa k?




wa nak sambung google benda lucah la. eh! google info mati pucuk la. haha. gotcha!

nasib baik gambar ni yang keluar, kalau betul betul guane? memang wa tak kelip mata ah! haha. heppp! jangan fikir bukan bukan!




bye hearts! :)




Sama - sama lah kita klik.

Friday, May 20, 2011

Pemain Boling Hebat.

hye hearts!! :)



dah lama rasanya tak mengupdate. seriusly, no idea. payah jugak rupanya nak jadi penulis ni ya? tapi, malam ni tetiba lak ada benda yang nak citer kat sini. pasal boling! hehe.




semenjak dua tiga menjak duduk kat rumah ni, asyik main boling aje. kalau ikutkan tiap tiap minggu. haha. well, dah habis belajar, beginilah jadinya, kan? haha.




so, ada satu hari, pergi main boling dengan encik abang and anak anak buah. nak jugaklah diorang tuh main boling kan. padahal umur baru 5 dan 7 tahun kan. haha. sabar jelah.




citer banyak tak guna, tengok score ajelah ye. haha. berlagak. padahal ada yang lagi hebat dari wa. haha. papai!












dah. dah. nak get ready depan tv. nak tengok maharaja lawak. siapa yang masuk balik ya?




Sama - sama lah kita klik.

Tuesday, May 17, 2011

Polis.

hye hearts!! :)


hurm.. macam mana nak tulis ye? macam mana nak mulakan ya? any idea?



jap lagi lah tulis. hehe. operasi mengemas bilik kejap. habis semua barang wa buang! haha.



Sama - sama lah kita klik.

Monday, May 16, 2011

Iphone 4 White.

hye hearts!! :)




phone putih ni rasa nya dah teruk sangat. nak upload gambar pun segan rasanya. haha. kalau lah dapat angkat iphone 4 putih sebiji. memang mantop la!




nak tahu macam mana? klik SINI.







Sama - sama lah kita klik.

Adat Perpatih.

hye hearts!! :)



selesai sudah orang kahwin. asyik asyik orang je yang kahwin, yang aku ni bila ye dak? haha. bukan gatai, tapi tak mahu tunggu lama. huhu.





ingatkan nak pergi majlis kahwin sehari awal, tapi disebabkan Maharaja Lawak ada, terpaksa batalkan niat nak pergi sehari awal. haha. nasib lah kan. Maharaja Lawak jugak yang aku nak tengok sangat! padahal Nabil tak berapa nak mengancamla. demam pulak dia. kesian Nabil. huhu.





berbalik pada cerita kahwin tadi. korang pernah dengar tak adat perpatih? mesti pernah kan? kat sekolah dulu dah belajar la, walaupun tak berapa nak mendalam kan. tapi yang penting, mesti tahu dan paham sikit sikit kan?





kaitannya entry ini dengan adat perpatih bermula dengan kisah, kawan kawan lelaki aku semua taknak kahwin dengan orang negeri sembilan. bila aku tanya kenapa, semua buat muka stok nak mintak penampar. takut ke malu entah nak bagi jawapan. cakap jelah kan. aku bukannya makan orang!





bila dah desak banyak banyak kali, baru nak bagitahu. kata diorang, kalau kahwin dengan orang negeri sembilan ni, nanti harta semua pergi dekat bini negeri sembilan tu. jawapan aku, KEPALA HOTAK KAU! sesuka hati je buat kesimpulan sendiri kan? haha. kan dah kena!





sebab kenapa kebanyakkan orang taknak kahwin dengan orang negeri sembilan ni semuanya sebab harta. sebenarnya korang ni dah salah anggap ni. harta yang di maksudkan bukanlah harta keluarga, tapi adalah harta keluarga bini kau tu sendiri la. takkan sekali kali kami ni, wanita negeri sembilan nak ambil harta suami tau!





sebagai contoh, orang penang kahwin dengan orang negeri sembilan (nak jugak bagi contoh penang. haha. gatal!). lepastu keluarga perempuan negeri sembilan ni ada tanah yang berpuluh puluh ekar dan rumah pusaka, jadi, tanah tadi akan dibahagikan kepada anak perempuan mengikut bahagian masing masing. yang rumah pusaka tadi tu pulak, jatuh kat tangan anak perempuan yang paling bongsu dalam keluarga tu.





so sekarang, harta yang dimaksudkan, memang tiada kaitan langsung dengan harta keluarga lelaki. kalau diikutkan, lagi untung kahwin dengan anak perempuan negeri sembilan ni tahu tak! harta ada, bukannya nak menghabiskan harta suami aje. paham? haha.





lepasni, jangan lah berebut rebut nak ngorat anak dara negeri sembilan pula ye? haha. well, terlerai sudah kekusutan ni. haha.






nak pergi cari broadband la. senang sikit nak mengonline kat rumah!






*_____* tengah sibuk menyenaraikan nama anak anak masa hadapan. :)





ps : broadband dah ada! hehe.




*gambar konvo!


Sama - sama lah kita klik.

Monday, May 9, 2011

Dia Yang Ada Baby Dulu.

hye hearts!! :)





sedang wa sibuk sibuk google cara nak dapat baby kembar. ada orang tag wa kat fb.






rupa rupanya kawan sekolah rendah baru jumpa kat fb. haha. gila eksaited kan! borak punya borak punya borak. rupa rupanya dia dah kahwin weh! siap dah ada baby lagi. waaaaaaaa!





wa jeles ni beb! wa nak baby jugak! wa mengidam nak dukung baby ni babe!





wa nak pinjam anak kamu la!!   huhuhu..






please! datang rumah wa bawak baby tu k?




atau wa datang JB jelah! nampak sangat desperate.



encik abang, jom nikah! :)





Sama - sama lah kita klik.

Selamat Hari Mak!

hye hearts!! :)



masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Ibu kan?



kalau belum, meh sini nak ucap!




selamat hari ibu, mak!



bagi adik, hari hari pun adalah hari ibu. terima kasih kerana melahirkan adik, membesarkan, mendidik, menjaga, mengasuh, membelai, memarahi dan semuanya lah. hehe.



adik sayang mak. walaupun adik tak cakap, tapi adik sayang mak.




luv u mak!






pendek je. nanti nangis pulak. huhu.





Sama - sama lah kita klik.

Tips Anak Kembar.

hye hearts!! :)



dah lama tak menaip la. rasa lupa pulak macam mana nak menaip. haha. berlagak kau ni ye pempuan! baru cuti beberapa hari dah berlagak. haha. well. nak buat macam mana, orang lain semua tengah berpraktikal. haha. sunyi sepi lah jawabnya.




adoi. ot rindu la kat blog ni. rindu jugak kat kawan kawan ot. dah lebih seminggu semua orang balik rumah dan buat hal masing masing. huhu. entah bila la dapat jumpa kan?





ok. kali ni nak menulis mengenai KEMBAR. cakap pasal kembar terus jadi gila weh! nak sangat menimang cahaya mata. padahal menikah pun belum. lain la macam encik UJANG dan puan YANA kan? haha. selamat pengantin baru!! semoga kekal hingga ke akhir hayat ya! lahirkan baby baby yang comel comel belaka! nanti mahu dukung! hehe. rasa macam dah lambat nak wish. tapi apa ade hal. ikut wa ah nak wish bila kan? haha.





pagi tadi, ot melantak pisang kembar. dengan harapan, ot kahwin nanti, ot dapat baby baby kembar dengan muka seiras! wah! berangan tak sudah! macam lagu jayjay plak. haha. anyway, i love kids! life is nothing without kids! muahaha.






dengan ini, berlari laju and terus keluarkan semua duit dari beg duit semata mata nak penuhkan tabung kahwin! :)





ada sesiapa yang tahu cara nak dapatkan anak kembar? :)





stop it ot. jom kita pergi kelas. *kantoi ah wa buat shortsem!*





Sama - sama lah kita klik.