Sunday, July 21, 2013

Design Kad Kahwin

Assalamualaikum w.b.t.

tinggal lagi 4 bulan 1 minggu 1 hari sebelum my big day and sekarang ni rasa macam dah tak cukup tanah. haha. rasa macam semua benda nak kena buat lepas tu macam tak sempat. haha. ok memandangkan dah tinggal lagi 4 bulan ni, kitorang dah mula buat tempahan kad kahwin. kat mana? kat sini !


tapi mula mula dulu kitorang gi je terus kedai diorang. tapi branch la kat PD sana tu. jadi masa kat sana, kitorang pilih siap siap design apa yang kitorang nak, dan urusan seterusnya berjalan secara atas talian.

jadi design apa dan saiz macam mana yang kitorang pilih adalah yang simple sahaja. sebelum tu meh nak tunjukkan korang pakej yang aku ambil.

ni saiz kad yang kitorang pilih

kitorang ambil pakej yang sekeping ni sahaja dan design ni ada kedua dua belah pihak pengantin. jimat ! bagi aku, kad kahwin ni tak payah memahal pun takpe sebab nanti orang buang kan??

pakej baloi memang berbaloi ! *dapat komisen tak?*


so ni pakej yang kitorang amik. senang citer siap semua ni. pastu kitorang mintak dia designkan untuk dua dua tarikh supaya nanti boleh pakai masa kat majlis sana. jimat kan? haaaa memang jimat. cuma nanti penunjuk arah tu mungkin tak boleh nak guna semua la. mana yang boleh guna jela akan kami ambil. selebihnya simpan dalam kotak dan letak dalam almari pakaian yang besar tu ! yahooo !


so pada sesiapa yang nak kahwin tu, boleh la usha usha sini. mana tau ada yang berkenan kan? jimat lagi menjimatkan tau ! design kad kitorang dia dah hantar by email, cuma baru lepas semak segala ejaan dan warna tema. dan pembetulan akan dibuat dalam masa terdekat. mintaminta lah nanti kad tu menjadi kad kahwin yang tercantik pernah kami ada. *bunyi macam dah berkali kali kahwin je.haha.*


ok daaaa. nak sambung rayau rayau cari DIY hantaran :')

No comments: