Monday, July 22, 2013

Telekung Gojes dari Mia Mikhail

assalamualaikum w.b.t.

hari Isnin hari untuk bermalas-malasan. boleh macam tu? mesti tak boleh kan? hari ni kat sekolah, asyik marah anak murid je. nak ponteng kelas sangat kan? memang kena marah lah dengan cikgu ni ! ok, balik je dari sekolah tadi, lepas solat siap siap semua bukak email !

yahoo ! design banner dan penunjuk arah dah siap ! siap dengan pembetulan sekali. haha. memang puas hati !! ok dah siap usha banner dan penunjuk arah lama lama, mula lah bukak facebook dan macam macam lagi. tak cukup berfacebook di handphone, nak jugak kat laptop ! sabar ajelah !


masa tengah bukak fb tadi, ternampak satu page ni, Mia Mikhail !! bukak punya bukak punya bukak, terus jumpa telekung yang masya-ALLAH cantiknya ! terus berkenan rasa nak rembat buat hantaran ! boleh tak encik bakal suami ???

antara telekung pilihan :-

Lycra ni ! sejuknya !! hehe.


cantik sangat !

jadi dalam hati dah berkenan sangat, cuma tunggu kata putus encik bakal suami ! *sambung rayau*

:')

Sunday, July 21, 2013

Design Kad Kahwin

Assalamualaikum w.b.t.

tinggal lagi 4 bulan 1 minggu 1 hari sebelum my big day and sekarang ni rasa macam dah tak cukup tanah. haha. rasa macam semua benda nak kena buat lepas tu macam tak sempat. haha. ok memandangkan dah tinggal lagi 4 bulan ni, kitorang dah mula buat tempahan kad kahwin. kat mana? kat sini !


tapi mula mula dulu kitorang gi je terus kedai diorang. tapi branch la kat PD sana tu. jadi masa kat sana, kitorang pilih siap siap design apa yang kitorang nak, dan urusan seterusnya berjalan secara atas talian.

jadi design apa dan saiz macam mana yang kitorang pilih adalah yang simple sahaja. sebelum tu meh nak tunjukkan korang pakej yang aku ambil.

ni saiz kad yang kitorang pilih

kitorang ambil pakej yang sekeping ni sahaja dan design ni ada kedua dua belah pihak pengantin. jimat ! bagi aku, kad kahwin ni tak payah memahal pun takpe sebab nanti orang buang kan??

pakej baloi memang berbaloi ! *dapat komisen tak?*


so ni pakej yang kitorang amik. senang citer siap semua ni. pastu kitorang mintak dia designkan untuk dua dua tarikh supaya nanti boleh pakai masa kat majlis sana. jimat kan? haaaa memang jimat. cuma nanti penunjuk arah tu mungkin tak boleh nak guna semua la. mana yang boleh guna jela akan kami ambil. selebihnya simpan dalam kotak dan letak dalam almari pakaian yang besar tu ! yahooo !


so pada sesiapa yang nak kahwin tu, boleh la usha usha sini. mana tau ada yang berkenan kan? jimat lagi menjimatkan tau ! design kad kitorang dia dah hantar by email, cuma baru lepas semak segala ejaan dan warna tema. dan pembetulan akan dibuat dalam masa terdekat. mintaminta lah nanti kad tu menjadi kad kahwin yang tercantik pernah kami ada. *bunyi macam dah berkali kali kahwin je.haha.*


ok daaaa. nak sambung rayau rayau cari DIY hantaran :')

Tuesday, July 9, 2013

Honda Civic baru !

Assalamualaikum w.b.t.

baru je lepas bukak blog abang Ben Ashaari tadi. terus terpegun dengan entry dia tentang Honda Civic baru. kereta idaman weh !

better korang cekidout sini ! sumpah tak menyesal !

korang bayangkan abang ben dapat testdrive civic yang baru tu ! pengsan aku rasa bila memikirkannya semula !


kena masukkan dalam wishlist ni !!!

tengok betapa angkuhnya civic !!

oh my baby !


keangkuhanmu membunuhku !
kenapa civic? sebab kereta ni sangat angkuh ! dan aku minat gilagila sampai bilabila. dah jangan cakap banyak, gi wushaa!

Kesenian Batik

Assalamualaikum w.b.t.

semalam bersamaan hari Isnin, 8 julai 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kepayang, sekolah yang aku ganti ni ada buat Hari Karnival. dan sebagai seorang guru ganti, aku pun kena lah melinatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. haha.


antara aktiviti yang aku join, Kesenian batik. organized by kak Fatehah. senang je benda ni. gulung-gulung tisu lepastu guna berus yang disediakan, tepek la warna batik yang korang minat. so as a teacher, benda ni free je. tapi student kena bayar RM1 la. haha. nak cari duit tabung katanya. haha.


nah, dipertontonkan hasilnya !


cantik kan?

kira ok lah. untuk seorang guru PJ kan. haha

Monday, July 8, 2013

Header Baru. Hoyeah !

assalamualaikum w.b.t.

ok yang ni last. janji last ! haha. just nak share dengan korang header baru blog ni ! hehe.

ku akui. terpengaruh dengan SSID ! haha.

masih dalam pembikinan. akan dikemaskini semula, ESOK !!

selamat malam semua !

Hantaran Al-Quran

asslaamualaikum w.b.t.

kalau nak buat al-quran ni untuk hantaran boleh tak encik bakal suami?

suka warna ni !

sangat rainbow tau encik bakal suami. kalau enck bakal suami rasa nak penuhi keinginan saya ni, boleh la encik bakal suami melawat page mereka ya !


sini tau encik bakal suami. ---> Ummah Sentral

*saja je tulis entry begini, tahu yang kamu sedang melihat blog saya!* hikhik

Mencari Kepuasan Dalam Almari Pakaian

orang kalau nak kahwin ni, memang cepat je terasa masuk bulan baru ea? rasa macam baru semalam ada lagi 5 bulan sebelum kahwin, hari ni tengok lagi 4bulan 3 minggu je lagi. haha. semak weh ! semak !

diam tak diam, dah ramai membe yang naik pelamin sekarang ni. ada yang masa raya, ada yang lepas raya. tapi yang paling syok, anak buah aku dah bertambah sorang lagi. haha. kak kepada bakal suami aku baru je lepas melahirkan seorang bayi perempuan yang lebih kurang cute macam aku *ada kaitan ke aku dengan anak kak dia?* haha. hi Nur Zara Humairah ! makngah tengok, kamu ni comel sangat. nanti kita jumpa ya? geram dah ni. oh ya, lagi beberapa hari, tambah lagi sorang plak, adik ipar bakal suami pon akan melahirkan seorang bayi yang comel. bayi lelaki. semoga dipermudahkan ya, adik ipaq? kikiki.

so sekarang ni dalam kekeliruan, nak tulis entry pasal anak buah ke pasal kahwin? haha. biasalah kan, setiap sesuatu tu pasti akan ada mukadimah nya kan? sooooo, kita sambung tentang kahwin ! ya, KAHWIN !


entry lepas, aku berada di dalam tahap yang serba salah untuk tempah baju nikah kat tailor yang ohsem atau tidak. sampai sekarang, masih belum berjumpa dengan tailor yang bersesuaian selain Yoong Yoong. kadangkadang fikir, tak salah kalau nak buat baju kat sana, nanti boleh serahkan baju nikah tu dekat anak perempuan pertama yang nikah kan? cliche sangat kau ! kau ingat anak kau takde taste ke nanti? dia pon ada design idaman macam kau! haha. padan muka aku. tapi, pasal baju kita hold dulu hokkay !

so, dalam beberapa minggu yang lepas, kitorang aka bakal pengantin dah mengusha set katil atau set tempat tidur untuk majlis kahwin nanti. pilihan banyak, jadi rambang mata pun berlaku seketika di situ.

masa memilih set tempat tidur, benda pertama yang aku tengok adalah almari pakaian ! ya, bagi aku, kebahagiaan seorang isteri terletak pada keluasan atau pun keselesaan almari pakaiannya. sumpah cakap, aku kalau boleh nak wardrobe yang besar gedabak sebab for sure banyak partition dalam almari tu. haha.

ni antara idaman aku.
kalau boleh nak ada wardrobe yang besar cenggini !!
but finally kitorang decide untuk ambil almari 6' x 8'. sliding ! sebab jimat ruang !! agak besar and agak puas untuk aku simpan baju aku dan laki aku nanti. hooray ! kepuasan berada pada tahap maksimum ! ok untuk tilam, katil dan meja solek, aku serahkan pada bakal suami untuk memilih sebab yang tu aku ikut keputusan dia. cuma almari pakaian, aku memang cerewet sikit. haha. oh ya ! lupa nak bagitahu, almari makeup pon aku cerewet sebenarnya, cermin kalau boleh dari kaki sampai kepala. senang nak tengok dari hujung kepala ke hujung kaki. hehe

so selepas beberapa jam memilih kat kedai perabot tu, dia pilih katil yang simple but nice. dan tilam boleh tahan mahal gak la kan. haha. tapi akak yang tolong kitorang decide tu memang bagus la. dia pilih bukan berdasarkan harga, tapi kualiti. dan siap bagi free gift apa ntah. aku pon dah lupa, katanya, protector yang sesuai untuk pengantin. tettt ! 18 tahun ni. bahaya kakak ni tau.

ok sekarang ni rasa macam nak suruh orang tu hantar set tempat tidur sekarang sebab tak sabar nak guna wardrobe dia. haha. tapi nanti x surprise la kan. aku dah tidur dulu kat katil tu. haha. so tunggu la lagi sebulan nak kahwin, baru suruh depa hantaq kan?

maka hati, bersabarlah engkau. ok sampai sini je. nanti nak story tentang kad kahwin pula !



p/s : jangan lupa, Rabu kita dah mula puasa ! selamat menyambut ramadan al-mubarak semua !

Wednesday, July 3, 2013

baju nikah

hye uolsss !

makin lama, makin dekat dengan tarikh yang mendebarkan. makin banyak benda yang nak buat dan makin banyaklah juga duit yang keluar. hahaha. tapi apa kan daya, nak kahwin kan, so terpaksalah berkorban tapi takdelah sampai tahap membazir kan!

Citer pasal membazir ni, korang rasa berbaloi ke buat baju nikah dengan harga tailor sebanyak RM 500 - RM 700? duit wei duit. plepas kahwin nanti nak pakai lagi banyak duit ! so anyone, tau mana tailor yang murah area seremban? Koleksi Yoong Yoong memang nice tapi mahal sangat la pulak kan !

tapi kalau dah tak jumpa sangat tailor, ke situ jugalah duit akan dihabiskan. *sedih*