Tuesday, April 23, 2013

Macam Ni Ke Pegawai Kerajaan ?

bulan 4 tak lama lagi nak habis, tapi gaji bulan 3 aku still tak dapat dapat lagi. patut gaji bulan 4 dah nak keluar, aku tak dapat dapat lagi gaji bulan 3.


baru lepas call Pejabat Pendidikan Daerah Seremban tadi. niat hati memang taknak telefon sebab nanti diorang mesti cakap tak sabar sabar. padahal aku gi sekolah ni tak bawak duit langsung tahu !so nak dijadikan cerita, bulan 4 ni dah nak habis, aku terpaksa jugak telefon.


jadi bila dah telefon, macam biasa, macam bola lah aku dibuatnya. pas sana, pas sini. pastu cek sana, cek sini. bila dapat je cakap dengan pegawai berkenaan, dia suruh aku tunggu dulu dan aku
dengar dia cakap dengan kawan dia, 'GAJI LAMBAT,TELEFON'. gila menyirap lak kan.


macam ni ke pegawai kerajaan ? kau tengok kalendar, sekarang dah berapa haribulan? aku kalau takde duit, tak beria aku nak call kau lah ! serius manusia ni buat aku hilang sabar. mulut macam longkang !


bila dia dah cek semua, dia kata x proses lagi sebab hari tu kena reject, hari ni saya akan proses dan inshaALLAH dalam minggu ni dapatlah gaji tu. maknanya kalau aku tak call, memang kau takkan proceed la kan? macam tu kau buat kerja? mengular banyak dari buat kerja?


sakit hati aku ni hanya ALLAH S.W.T yang tahu. nak aku balas balik, nanti nama aku jugak yang buruk. jadi apa yang aku buat, bersabar jelah.


mak aku pon dah bising tanya kenapa aku sabar sangat, padahal dah sengkek gila ni. bukan aku malas nak call atau tak sabar sangat, tapi aku tak suka bila aku call, situasi macam ni yang aku hadapi.


jadi aku lebih suka diam, dari menggesa orang jabatan. dear pakcik yang kurang adab, sila baiki perkhidmatan anda, sebelum saya mula membuat laporan tentang anda. sekian, terima kasih !














Monday, April 22, 2013

Rani Malaysia vs Rani Saudi

assalamualaikum semua !

sihat semua ? harap semua sihat lah hendaknya ya ? minggu ni minggu tak best sebab sekolah 6 hari minggu ni. seddih kan ?

ha, tengok intro pon dah tau ada benda yang tak puas hati yang nak dikongsikan. ye tak ? nak dijadikan cerita, sekarang kan musim kahwin, jadi, aku pon gatal gatal la nak pakai inai. tapi aku ni memilih sikit. taknak pakai inai biasa tu. nak pakai inai Rani yang orang selalu beli time buat umrah atau haji tu. haaa. memilih kan ? bukan apa, kualiti itu penting.

cantikkan warna dia?


jadi, bila dah tanya kawan kawan, diorang cakap takde, apa susah gi je beli kt Mydin. aku ni dah nama pon tak sabar sabar nak pakai inai, beria ajak encik tunang temankan beli inai yang RM1.50 tu ! dalam hati bajet sama dengan inai Rani tu. nama pon Rani Malaysia kan. PUI !!!

nak dijadikan panjang sikit cerita ni, balik tu beria lah aku pakai. dengan niat nak dapat warna yang cantik la macam sebelum ni. sekali bila dah kering, tau rupa dia macam apa?

macam kuku perempuan jahat ! eeee sakitnya hati ni takde siapa yang tau ! ahaha. kecuali encik tunang. agaknya dia pon rimas tengok aku beria nak hilangkan inai Rani Malaysia tu.


tengok ! buruk kan inai tu? jari tak payah komen. bagi pelempang kang!


tau apa aku buat ? habis aku wechat, whatsapp, bbm dan tanya semua orang yang ada dalam contact list aku. haha. ayat yang sama, 'ada tak saudara mara atau jiran yang baru balik umrah? nak mintak tolong tanyakan, ada tak inai Rani kotak hijau? inai kuku dalam tiub.' ni la ayat yang sama aku guna. haha

abis semua aku tanya, tetiba ada seorang anak murid ni bagitau de kawan dia yang baru balik umrah, tak silap lah. aku pon apa lagi, macam cacing panas, mintak dia tolong tanyakan. haha.


alhamdulillah, dia ada inai tu, kenapa aku beria nak inai tu? sebab aku nak cover keburukan inai Rani Malaysia ni tau tak ! so tadi pagi, gi sekolah, terus anak murid tu datang jumpa aku, bagi 2 kotak ! yes ! alhamdulillah ! hehe. ingatkan nak beli, tapi dia kata bagi je. terima kasih ya aten. sayang aten. haha.

so sekarang ni, saat ni, tengah menaip dengan kuku berinai ni. nampak keterujaan dia tu?



Rani Saudi !

ps : BBM di dalam gambar bukan nya akronim bagi Blackberry Messenger, tapi Bahan Bantu Mengajar. haha.

ok. so bila dah dapat dua kotak ni tadi, memang tak tunggu balik. dalam bilik guru pon dah pakai kat kuku dah. haha. beria nau kan? memanglah. taknak aku jadi perempuan jahat sampai hilang warna inai ni.

jadi korang, jangan mudah terpedaya dengan barangan yang acahacah sama dengan barang yang original ni. sebab memang takkan sama ! so kalau ada sesiapa nak gi sana, sila bagitahu saya, nak kirim inai ni please !

to encik tunang, jangan risau, saya takkan memekak dengan awak lagi nak mintak tolong bagi cadangan hilangkan inai buruk tu. haha. nasib baik mak dah sorokkan inai Rani Malaysia tu, kalau tak memang aku dah tepek gambar tu kat sini !

ok lah, nak gi basuh tangan dan nak tengok hasil Rani Saudi ni. see ya ! assalamualaikum!

#notatapakkaki pakai inai tak semestinya nak kahwin !

Wednesday, April 17, 2013

Tak Puas Hati Mai Habaq Depan Depan

Kadang-kadang kita mesti nak cari jawapan kepada persoalan 'kenapa budak ni macam tak suka aku ea?'. betul tak kawan-kawan? sekarang ni tu lah apa yang aku rasa.


cerita dia macam ni, ada seorang budak sekolah ni, nampak macam tak puas hati je dengan aku. apa aku buat, mesti dia nak bangkang. eh hello, kenapa ya? saya ada buat salah dengan awak ke?

aku ni hanyalah seorang guru ganti di salah sebuah sekolah di Seremban ni, pastu kat sekolah yang aku ganti ni, ada seorang budak perempuan yang memang kalau jumpa aku keje nak kondem je. cikgu ni la, cikgu apa la.

macam tadi, kat sekolah ni ada debate, jadi anak murid sekolah lama datang jadi cameraman, jadi kitorang pon melepak lah sambil bercerita pasal sekolah lama. rindu lah katakan kat sekolah lama. pastu datang minah tu, dia boleh kata, 'ooo cikgu gatal ea?' what ? anak murid duduk dengan cikgu, terus kena label gatal. adoyai. cetek sungguh pemikiran kamu. kalau kata nak berkenalan, dipersilakan. jangan guna cara lama untuk tarik perhatian student lama saya.

budak ni rasanya memang ada masalah mental, sebab dia memang takkan pernah puas dengan apa yang aku buat. jadi, teruskan usaha anda ya ? saya setia menunggu. sekian~

Lepak dengan Dinie pon dilabel gatal. Almaklumlah, anak murid nampak macam pakwe. mana tak timbul gosip kan? ehehe

alkisahnya, dah lama tak menulis. jadi dah lupa macam mana cara nak menulis. jadi rasanya kita kena mula dari awal lah kan?

permulaannya begini, dulu time mula mula buat blog sebab terpengaruh dengan blogger yang popular tu. masa tu kan tak matang lagi. jadi fikiran ni lebih kepada nak mencari kenalan. tapi semakin hari semakin dewasa, tak rasa nak popular tapi hanya rasa nak mengekspresikan diri. wah kau, ahasa bukan main. haha. almaklumlah cikgu BM la katakan.

ok stop pasal intro, sekarang ni nak betulkan niat balik untuk menulis. menulis bukan kerana nak popular, tapi hanya untuk kepuasan. jadi buat masa sekarang ni, maafkanlah saya sebab dulu tau post yang bukan bukan je. haha.

sebenarnya banayak nak cerita, tapi takkan nak sumbat lam satu post lak kan? jadi, kena la ada flow yang lancar dulu.

nah, sebagai permulaan,


Thursday, April 11, 2013

Rasa Macam Nak Aktif Berblog Semula

al kisah sekian lama mendiamkan diri, sekarang ni mula timbul minat nak menulis semula. kenapa ? sebab rasa macam dah lama tak menulis dan tangan ni gian semacam + macam macam benda yang jadi kat aku sekarang ni yang tak sempat nak share dengan semua.

tapi bukan sekarang ye. esok lusa la. sebab nak balik sekolah dah ni. haha. okbai.

assalamualaikum semua. :)