Friday, October 21, 2011

Rindu !!

hye hearts!! :)


Saja update malam ni!! rasa rindu pulak kat belog ni ! belog rindu aku tak? mesti tak! kau selalu ku abaikan !! hahaha.


Baiklah. mari kita tidur! esok nak gi kawin! *orang lain yang kawin. bukannya ku! okkay?
Lastly, harap harap apa yAng korang impikan jdi kenyataan k?
Nanait syg !!  olls!!!Last
Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

Wednesday, October 19, 2011

Aku Ditipu Dato'. tssk! tssk!

hye hearts!! :)


*mesti nak keluarkan ayat maaf dah lama tak update kan?haha. tak payah nak mintak maaf! dah selalu buat!*






korang!! bosan betul lah duduk rumah lama lama. tak masyuk! haha. nak dijadikan cerita, tadi gi interview. eksaited mak nak! rupanya interview tu untuk receptionist! what????!!! menggelupur mak dalam office Dato'  tu. haha.





Dato' tu siap konfios lagi nak amik mak ke tak kan. dia ingatkan yang datang tu hanya SPM holder. sekali bila mak sampai dia kata sanggup ke you jadi receptionist? *dalam hati mak, kenapa tak bagitahu jawatan ni masa aku call semalam? brrrrrr! *





nak tak nak mak cakap jela sanggup. carik pengalaman before masuk company besar. wah! Dato' kata awak ni over layak, sanggup keje KL? company dia lagi satu kat Sri Hartamas tu. tapi mak nak demand gaji la nanti! haha.






p/s : tengah pening fikir kalau Dato' tu suruh kerja nak gi ke tak?



muka bakal receptionist kat company arkitek! haha.



Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

Friday, September 30, 2011

The Back-up Plan

Hye all!!


Hari ni sibuk nak cari rumah sewa untuk kawan kawan. Maklumlah, dah bekerjaya kan!! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮. Aku ni je yang ntah bila bila nak kerja! Bukan malas, tapi tak jumpa yang sesuai lagi! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮.


Untunglah dah kerja! Boleh tumpang! ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮. Moga moga dapat rumah lah diorang tu!



Nak sambung tgk The Back-up Plan!




Saya graduan!!



Bye hearts!! :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, September 29, 2011

Rasa Rindu

Hye all!!


Tetiba rasa rindu pulak kan? Bila la boleh jumpa dengan si dia ni! :))) S.A.B.A.R
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saya Graduan UKM!

hye hearts!! :)


terasa bangga dan sebak di hati ni bila majlis konvokesyen UKM ke-39 berlangsung! dahla kami graduan sidang ke-7 atau lagi senang nak citer, second last fakulti yang bergraduasi! hehe.



rasa cam tak percaya, 3tahun lepas, akulah budak hingusan yang masuk UKM dengan kasut skema, baju kurung dan tudung biasa! haha. sekarang kau tengok apa yang jadi! gi kelas pakai seluar! tudung terbelit belit! *tu pun kalau bangun awal sempat nak buat semua belitan tu*



tapi selepas 3tahun kau tengok apa yang jadi!



 ok. esok sambung! haha. nyte all!



Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

Monday, September 19, 2011

Konvo

hye hearts!! :)


Nak mengadu kat korang ni! bukan senang nak konvo tau! amik jubah je dah 2jam! rasa nak patah pinggang berdiri dan beratur! dengan orang yang potong memotong lagi!  serius boleh kena darah tinggi tau!


Tapi tak kisahlah! dah dapat pun jubahnya! haha. tinggal nak pakai je lagi minggu depan! hehe.



Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

Sunday, September 11, 2011

Lama Tak Update Sampai Lupa Canne Nak Update

hye hearts!! :) 


Lamanya tak update blog! kononnya busy raya lettewww! haha. bagi penampar sedas bru tahu! hai korang! macam mana raya? best? banyak tak dapat duit raya? aku bukan main payah nak dapat! dah besar katanya! sabar jela!


Tak tau nak update ape! tunggu malam ni jela. kot kot ade story kan! papai u'olls!



Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

Saturday, August 27, 2011

Poster Aku

hye hearts!! :)



rasa lama gila tak update blog! busy boh! tempahan kuih raya tahun ni lebih banyak berbanding tahun lepas! alhamdulillah! mungkin hasrat yang tertangguh selama ni dapat ditunaikan dengan adanya rezeki yang datang bergolek ni! siapa tahu kan? hehe.



anyway! aku rasa aku patut log out FB aku dari semua tempat kerana, aku baru di hack! grrrr! boleh bikin wa marah ni!





ada hamba Allah ni upload gambar poster guna fb aku! *gambar poster je pon. ko nak marah sangat kenapa?* ini bukan poster sembarangan! lihat bukti!








tak ke orang kata aku gila kuasa bila upload poster yang ada gambar sendiri? meroyan ke apa aku nak buat macam tu. siap edit album 'poster aku'. sumpah gila kuasa! haha. kalau bawak masuk mahkamah boleh menang ni! tak mintak izin aku pun nak ambil gambar aku! haha. pakcik kayo kalau masuk mahkamah ni! :p





isyh! siapa punya kerja la ni! tapi aku rasa aku tahu siapa! siapla dia nanti!





esok buat kuih lagi. hurm... muka pun dah macam kuih!





mahu bersiram serta beradu! kbai!


Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

Friday, August 12, 2011

Maafkan Aku Sebab Aku Curang.

hye hearts!! :)



luahan hati.



aku mintak maaf sebab aku tak dapat lagi nak sayang kau macam sebelum ni. aku tak tahu kenapa, bila, macam mana aku boleh suka dekat orang lain. sayang aku kat dia memang tak dapat aku nak gambarkan. aku sangat sayangkan dia. maafkan aku kalau dalam selama perhubungan kita, aku banyak guna duit kau, pukul kau, marah kau, ambil barang barang kau. aku mintak maaf. halal kan semuanya ya. bukan niat aku nak menyakitkan kau, tapi aku memang sayang gila kat dia.



setiap malam aku mesti rindu dia. tunggu esok hari kot kot dia lalu depan rumah aku ni. ya Allah, kalau tak nampak, aku rasa satu hari tu tak lengkap hidup aku. aku tak boleh hidup dengan dia. kalau kami berjauhan, aku selalu rasa sedih. setiap kali nak berpisah, kami mesti menangis. sucinya cinta kami.




mesti kau tertanya tanya siapa dia yang buat aku jadi macam ni kan? dialah pakwe baru aku. aku harap kau faham.





































aku kenalkan dia kat kau. hope kau maafkan aku.

































































































dia genius. bila laptop aku elok, dia yang rosakkan.

walau sesibuk mana dia di tempat kerja, kalau aku panggil, dia tetap pandang. dia sangat caring!

yang paling penting. dia seksi. dalam pelukan aku pun dia masih seksi. menayangkan dadanya serta perutnya yang gebu gebang!

walaupun dia selalu naik kaki kat aku, tapi aku tak kisah. aku tetap sayang dia.

yang paling aku suka, dia comel. suka sangat buat muka comel bila aku panggil!

tengok. comellll kan?

dia rajin. selalu juga lindungi aku. bila drive, tangan aku kena panas, dia akan tutupkan tingkap dia untuk aku.

yang paling penting, dia manja dengan aku. ini yang paling membuatkan aku sayang nak lepaskan dia.


aku harap kau faham. jangan salahkan aku kerana meninggalkan kau. aku pilih dia kerana dialah buah hatiku! :)



kbai!



 Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid! 

Pemalas Betul! Macam Mana Tak Berlemak!

hye hearts!! :)


last week ada cakap pasal entry BERLEMAK. tapi sampai sekarang tak buat buat jugak! haha.


malas pulak nak menaip. tempek gambar banyak banyak jelah boleh tak? nafsu tidur menguasai diri la! penat buat kuih raya! *nak cakap rajin lettew!*


 

segala persiapan oleh otai! uwan aku! wahaha. sodap lomang wan buek. ghaso nak makan ngan buloh buloh eh skali! bulih tak wan? :p

 


ha, sorang tukang pusing buluh. sumpah panas! sorang tukang bagi arahan. konon konon duduk seberang sana and tengok mana mana buluh yang dah tukar warna, kita boleh pusing. saya putar halim! haha.








ikut urutan gambar. si kecik rilek je main serai. mak rilek je racik serai, datang aku, tangan yang aku hiris, bukan serai! dem!

walaweh! aku masak semua ni ok! sedap sampai jilat pinggan!
*kacang panjang uncle rahman bagi sangat sedap. nanti kami balik lagi nak petik sayur sayur kat kebun uncle yang besar tu!*



buat kerisik untuk rendang. gambar kabur kerana kelajuan menumbuk pada tahap maksimum! kau hado? haha.


yang ini, memang paling berlemak! haha. ikut suka aku la nak makan macam mana, masuk perut aku kan. haha. well! proud to be ORANG KAMPUNG! haha. *lenguh tangan nak keluarkan isi dalam tulang yang sedap gila rasa nak jilat pinggan tu* kalau korang pahamla apa yang aku maksudkan. haha.



ni baru nak sambut puasa. kalau sambut raya amacammana? ada sesiapa yang boleh hantar draft kat aku? haha. nak tahu macam mana? tunggu pagi raya! ok?



p/s : tengah pulun pikir esok nak masak lauk apa untuk berbuka kat kampung! pergh! balik kampung lagi! another lemaking weekend! first day of berbuka puasa dengan uwan tercinta! :p LOL!


till then. kbai!

Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

Saturday, August 6, 2011

Lelaki Is So Simple.

hye hearts!! :)



dah lama tak update. sllllrrrpppp. hingus ni meleleh pulak dia. haha. hari ni aku nak update pasal lelaki la!




see. betapa simple nya lelaki. wanita? so complicated. sebab tu la kejadian wanita ni sebenarnya adalah untuk dimengertikan oleh lelaki. paham tak lelaki? haha. *tadi kata nak update pasal lelaki, tetiba pasal perempuan!*




kalau lelaki kata biru, perempuan kata turquoise, sky, teal, spindrift. haha. lelaki memudahkan semuanya!




update dalam keadaan bersin bersin sampai lembab skrin aku dengan mukus dan saliva! haha.



p/s : aku curik gambar ni dari kawan aku!
p/s lagi : aku kategorikan maroon sebagai merah, tetapi dalam gambar ni purple, aku ada konflik identiti ke? :p



-check this out-




Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid! 

Tuesday, August 2, 2011

Dentist Dah Jumpa. Mungkin Operation Kecil Kecilan Akan Dilakukan

hye hearts!! :)



baru je balik dari jumpa dentist! huhu. sakit woi gigi ni. buat aku rasa macam nak pijak je gigi ni balik! awal pagi lagi aku dah bangun nak siap siap pergi klinik. semangat je nak buang gigi yang sakit ni! huhu. sampai sampai je kat klinik, orang ramai nak gila. aku siap gi toilet lagi takut nya pasal. haha. almaklumlah, aku dah lama tak jumpa doktor gigi ni. haha. *konon segan* haha.




bila sampai je turn aku, dengan sepantas kilatnya aku masuk lam surgery room! bunyi pun dah gerun, surgery. macam mana aku nak jumpa doktor kalau nama bilik pun gerun. kan?




masuk masuk je, doktor check check then dia cakap, gigi geraham bongsu aku ni dah tak boleh nak tumbuh. bukannya bantut, tapi dia tumbuh menyerong. siap main tolak tolak dengan gigi geraham yang tak berapa nak bongsu tuh. makanya, berlakulah pembengkakan gusi serta berlakunya pendarahan gusi. jadinya gusi aku tak sihat la.



then, doktor tu advice aku untuk ambil ubat kumur kumur dulu, after a week, kalau sakit jugak, gi jumpa dia balik dan kita akan lakukan satu surgeri kecil kecilan pada gigi anda. wah! cakap pasal operation je, terus nak nangis. hentak hentak kaki lam bilik tuh panggil mak. *menipu*



bila doktor dah kata gitu, maka aku pun buat keputusan bijak dengan menyuruh dia mencuci gigi aku! haha. bersih dia cuci. ngilu gila wa cakap sama lu. dahlah aku ni memang gigi sensitif. dengar bunyi mesin tu pun dah ngilu, ni kan nak di cuci nya gigi aku dengan mesin tu! isyh! seram mak!




muka sebelum gi jumpa doktor.

muka lepas jumpa doktor.


ada beza? takde kan? sebab tak buat pape. just cuci gigi je. hehe. tunggu lagi seminggu, kalau sakit lagi, operation kecil kecilan la jawabnya.




jom tengok telenovela. kbai!




Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid! 

Monday, August 1, 2011

Maaf.

hye hearts!! :)


maaf! tak dapat nak update LEMAK malam ni. sakit gigi! huhu. gigi bongsu menendang nendang gusi membuatkan aku rasa macam nak tendang dia pulak! adoi!



kena tidur cepat cepat. esok nak jumpa dentist. dentist, tolong ubatkan sakit gigi saya!




p/s : kata mak, selain sakit beranak, sakit gigi adalah sakit kedua yang paling sakit tau! *ayat kau memang putar alam*


Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid! 

Lemak Tak Cukup.

hye hearts!! :)



aku rasa macam nak update pasal hujung minggu yang BERLEMAK. tapi kan, tak cukup LEMAK la. aiseh! ada dekat encik abang la lemak yang selebihnya. macam mana ni. nak minta encik abang hantar kan jugak lemak tu ke sini sekarang! sabar ye!



bahawasanya saya, nurul ain binti alias berjanji akan mengupdate blog pada malam ini sebelum tidur. haha.



gigih menaip mesej nak hantar kat encik abang. *minta lemak*




-Celebrate your Hari Raya with a chauffeur driven experience with Perodua today.-




Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid! 

Ramadhan.

hye hearts!! :)



first sekali, aku nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubaraq. semoga ramadhan kali ini akan menjadi ramadhan yang lebih bermakna dari tahun tahun sebelumnya!



pada yang dah kerja, jangan pulak buat buat lupa nak bayar zakat. bajet ayah nak bayar kan lagi ye? puhlissss la. dah macam bapak orang dah kot kan? haha.




ingat! bulan puasa ni bukannya puasa makan, minum je. mata, telinga. hidung, lidah, semua la. takkan tu pun nak kena catatkan kat sini? adoi! ingat tau. kalau boleh puasa la selama lamanya. haha. berkat wei..



nak pergi dapur, tengok apa yang bising bising tu. *padahal tangan sendiri tengah bukak periuk. haha.*








ni semua dugaan!




Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid! 

Update Tergendala Sebentar.

hye hearts!! :)


niat hati nak update pasal weekend yang BERLEMAK. tapi badan ni tengah sakit sakit la. malam sikit update la ye. jap lagi nak kena hantar mak mesyuarat, lepas tu nak cabut pergi yayasan Negeri jap! adoi! nasib baik ada driver import! tq bro!



malam ni aku pulun update! kbai!




-feel it here-



Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid! 

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapura.

hye hearts!! :)


satu je aku nak cakap!



Mengada ngada! Kuat berlakon! Berpura pura!



Nice try TIGER!



it's fantastic! check it here!




Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid! 

Wednesday, July 27, 2011

Surat Nikah Dengan Pakcik. OMG !

hye hearts!! :)


aku terpaksa menikah denganmu esok! wahai pakcik JPA!



malam ni terpaksa pejam kan mata kuat kuat sebab esok ada date dengan pakcik JPA. doakan perjalanan dari seremban ke putrajaya hanya 20 minit seperti biasa! terima kasih!



borang pakcik pesan.
pakcik JPA pesan, nak dating esok jangan lupa bawak surat 'nikah' kami. penting katanya! baiklah pakcik JPA kesayangan! nafkah dah putus pun masih nak kena ikut arahan. *kan best kalau cucuk duit esok, ada nafkah dari pakcik JPA*



sakit mata aku, pejam kuat kuat! kbai!



- share the sweet joy here ! -



Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

Asal Usul Penyapu Lidi Aku.

hye hearts!! :)


pheww~ baru je selesai meraut daun kelapa nak buat penyapu lidi. *rajin kan?* ke korang tak kenal penyapu lidi? ke ada nama lain bagi penyapu lidi? haha. apa apa jela kan. yang penting rajin jugak aku ni rupanya bila duk rumah. haha. macam la orang lain malas kan. *insane*



atleast, lepas akak ipar aku tebang pokok kelapa belakang rumah nenek dia, actually, pokok tu bukan pokok nenek dia, pokok tu orang lain tanam, tapi mungkin orang tuh dah takde dan keadaan pokok tu membahayakan, makanya akak aku punya nenek pun ambil keputusan nak tebang. makanya, keputusan kedua diambil untuk mengambil daun kelapa supaya penyapu lidi dapat dibuat. *dah aku ni kenapa? nak cerita pasal pokok kelapa ke?*


sambung balik. lepas tebang je pokok tu, makanya dapatlah kami hasilkan 2 batang penyapu lidi  yang masih lembab, belum kering dan agak berat. *tahukah anda akan sifat fizikal penyapu ini?* makanya ianya akan mengambil masa dalam beberapa hari atau mungkin minggu untuk kering dan lebih selesa digunakan. paham?



zaman sekarang ni susah tau nak tengok penyapu lidi. semua main penyapu sintetik je. haha. well, aku orang kampung! jadi penyapu lidi yang bising lagi sakit kalau kena sebat tu memanglah menjadi idaman aku dan mak aku untuk menyapu di halaman rumah mahupun dalam rumah.




getah dia weh! bertanda tangan aku!


hasil rautan!

bukti. lalala~

dah basuh pun still ade getah lagi! yew! bajet jijik? ceh! siap ada tanda hirisan pisau tu! stail douh! haha.


ok dah. hari ni kita belajar asal usul penyapu lidi aku dan sifat fizikalnya. kbai!




-act like a star here ! -



Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!