Monday, June 10, 2013

malang tak berbau

06062013


tarikh yang takkan pernah aku lupa sampai bila-bila.



kemalangan melibatkan 4 biji kereta. 2 honda civic, satu vios, 1 sagaBLM. yang paling teruk, vios kitorang ni, yang melanggar kitorang civic dkt gambar bawah ni. dan kereta kitorang bergerak melanggar civic di hadapan. sagaBLM? tak payah cerita, dia paling teruk sebab dia yang buat kami semua berlanggar.


sedihnya hati melihat si vios putih jadi cenggini, hanya ALLAH S.W.T yang tahu. :'(
sedih lagi hati melihat anak buah terkoyak bibir. cepat sembuh ya sayang. :''(

tak tahu kenapa, sehari sebelum berlakunya kemalangan ni, anak buah aku yang suka mengekor ke mana sahaja aku nak pergi, macam berat je nak ikut aku. puas aku pujuk, aku umpan macam macam baru dia nak ikut.


tapi bila dah ikut, macam ni pulak jadinya. kita tak langgar orang, orang yang langgar kita pulak. mungkin dia berat hati nak pergi tu sebab dia tahu apa nak jadi agaknya. kalau aku tak ajak dia ikut, mesti dia tak jadi macam ni kan?



rasa bersalah dalam hati ni hanya ALLAH S.W.T yang tahu. masa lepas kena tu aku mula hiba. aku tak dapat bayangkan kalau kecederaan dia lebih serius dari ni. aku nampak bibir dia terkulai, aku nampak darah mengalir. lepas aku bersihkan, dia kata 'makngah, kakak mengantuk'. aku sedih, dan aku nangis bila tengok dia tidur. aku usap kepala dia, aku cium dahi dia. sumpah aku rasa bersalah dengan dia.



lepas kemalangan, kami bawak dia ke klinik. 3 klinik kami pergi. klinik pertama, tak berani nak terima sebab kena jahit katanya. dengar perkataan jahit, mata aku bergenang, Nafiesa dah mula menangis. 'kakak taknak jahit makngah'. aku dengar dia cakap macam tu, aku rasa sayu sangat, aku peluk dia dan aku cakap, doktor nak bersihkan je kakak. pergi klinik kedua, doktor rujuk kami ke klinik pergigian. kat sana, kitorang cuba tenangkan dia.


tapi apakan daya, dia dah berakal dan dia paham apa yang doktor cakap. doktor kata kena jahit, sebab takut nanti makanan masuk celah bibir yang koyak tu. masa doktor cakap macamtu, aku dah mula menangis. doktor sapukan ubat dekat kawasan yang nak dijahit, masa tu dia dah mula menangis, dia genggam tangan aku sambil menangis. dia jerit taknak jahit.


depan doktor, depan nurse, aku tak malu lagi dah. aku menangis sambil cium dahi dan tutup mata dia. aku taknak dia tengok jarum tu cucuk bibir dia. sakit kata dia. doktor bius dia 3 kali. aku menangis tengok dia menangis. aku tahu sakit, tapi aku taknak jugak luka dia jadi makin teruk.


2 jahitan di bibir. itu yang dia dapat bila dia ikut aku. lepas peristiwa tu, aku jaga dia dengan lebih rapi, aku pastikan dia makan antibiotik. malam malam dia tidur dengan mak aku. sebab taknak pastikan dia demam. aku belikan apa yang dia nak makan. aku pastikan dia kenyang walaupun susah dia nak makan.


alhamdulillah, hari ni, luka dia dah kering. dia dah boleh makan burger. gembiranya aku tengok dia dah sihat, tak dapat aku gambarkan.lepas solat, bila berdoa, aku minta pada ALLAH S.W.T supaya sembuhkan dia cepat. kuatkan semangat dia, dan lindungi kitorang dari segala kecelakaan.


walaupun anak buah, tapi aku sayang mereka sangat-sangat !

Wednesday, June 5, 2013

Persiapan 6 bulan sebelum

ada lagi 5 bulan 3 minggu 3 hari sebelum jadi isteri orang ni. nampak macam lama lagi, tapi bagi aku, macam tak cukup dah masa tu. semua nak kena buat, semua nak kena deal, semua nak kena beli. jadi seawal 6 bulan sebelum tarikh kitorang dah mulakan survey untuk semua benda termasuklah hantaran, katering, andaman, warna tema, doorgifts dan selingan yang lain.


jadi kitorang mulakan dengan food testing dulu. bagi aku, kalau sedap lauk sesuatu majlis tu, maka aku dah berjaya puaskan hati tetamu yang datang. jadi, kitorang survey katering dan atas pendapat abang and kakak ipar, kitorang pilih Sham Catering. katering ni ada kat area Seremban je. kata mak, tak nak ambik yang jauh jauh sebab takut ada isu dengan lauk nanti. takut basi ke, tak cukup ke, apa ke kan. maklumlah orang berpengalaman, kita ikut kata mak. kenapa? sebab mak makan garam lebih dulu dari kita.


so untuk Sham Catering ni, dia kira RM11.90 satu kepala which is berpatutan la aku rasa. before ni, masa kitorang tengok tengok dalam risalah, harga dia RM14 satu kepala which is totally agak tinggi harga dia. then bila dia turunkan harga, terus call encik tunang mintak dia turun Seremban weekend tu for food testing. makanan dia sedap. and akak yang serve kitorang pun baik budi bahasanya.  jadi terus hati tertawan katanya. haha.


jadi kata mak, ambik untuk 1000pax + extra 2 khemah. satu untuk vvip, satu untuk pelamin. jadi total khemah adalah sebanyak 8 khemah. kalau korang tengok dekat dia punya menu pun, memang takde hal lah sebab lauk dia semuanya sedap :)


selain itu, Sham Catering turut menyediakan lauk pengantin and kitorang tak perlu nak pening pening kepala siapkan lauk pengantin dan hiasan meja makan pengantin. haa senang kan kerja? then semua khemah adalah arabian canopy, meja bulat, percuma kek 3 tingkat, ada scallop. semuanya dah siap. hanya perlukan tetamu jemputan sahaja. total cost untuk katering sahaja adalah sekitar RM13*** ++ . ka-ching !! siapkan sahaja duitnya yaaa !


jadi kalau korang rasa berminat nak cuba, sila lah kunjungi mereka untuk food testing percuma pada hari Sabtu. jangan tak cuba tau ! sedappppp !

see !
kedai dia memang besar gila.
semua kelengkapan dia letak kat sana.
tapi untuk andaman, mak andam akan datang jumpa korang kalau berminat,
then boleh ke butik dia. :)


konklusinya, untuk katering, tak perlu pening kepala lagi sebab memang dah booked. dan dalam kepala otak sekarang ni tengah memikirkan andaman, doorgifts, photographer, videographer, kad kahwin, bla bla bla. banyak lagi kan?


ok. nak mulakan checklist sebelum semuanya terlambat ! :) buhbye !!

Tuesday, June 4, 2013

rasa macam nak sedih

bila bukak je blog B2B yang lain. mula lah rasa sedih. diorang semua kreatif semacam. yang aku ni, tak kreatif langsung. semua benda nak kena beli takpun suruh orang lain yang buat. nak buat macam mana kan, dah aku bukan anak seni. tapi takpe. blog ni pon aku nak share pasal persiapan aku. jadi kalau tak best, jangan salahkan aku. sebab aku rasa, life aku dah cukup best dah. alhamdulillah :)


tapi takpe, asalkan aku ok *bak kata awie rafaell* aku akan teruskan menulis.


cekidout !!


hadiah hari guru.
terima kasih anak anak murid.
nak muntah bukak hadiah sebab banyak sangat. haha


Sindarellah

*kompang dipaluuu, pengantin baru. duduk bersandinggggg, tersipu malu*

haaa nampak keghairahannya? haha. siapa yang tak teruja kalau nak menikah weh. orang bisu pon teruja, cuma tak tahu macam mana nak diluahkan aje kot kan?


ok lah semalam lepas je update pasal menghitung hari, terus dapat call dari makcik ajak lepak MidValley. makcik ajak lepak weh. kau hado? haha. so kitorang decide naik komuter je sebab nak bawak anak-anak buah berjalan naik komuter dari Sungai Gadut. gigih kan? berjalan ke MidValley dengan anak buah ramai ramai. yang setahun jagung pun aku hangkut sekali. sudahnya, balik tu memang menggigil tangan menjaga dia yang sememangnya lasak tu.

ok masa kat MV, usha usha baju baby, mainan baby, jenama kereta tolak baby. nampak macam takde motif, tapi siapa tahu selepas 10 bulan kahwin, dah boleh pakai semua ni kan? haha. jauh sangat pemikiran aku ni. sila abaikan.

sebenarnya kitorang ni dalam proses menyiapkan barang hantaran. beli sikit sikit sebab nak beli sekaligus, boleh gugur segala apa yang ada di badan + tak cukup masa. so every weekend mesti kitorang akan keluar beli atleast satu barang hantaran. jadi semalam masa kat MV, lalu depan Hush Puppies and nampak lah jugak kasut yang berkenan di hati. kat Seremban ni tak berapa nak banyak sangat pilihan dia, (alasan sebenarnya nak berjalan sampai ke MV dengan encik tunang nanti) jadi bila dah ternampak yang berkenan tu terus rasa nak ajak dia ke MV minggu depan.

antara yang merobek-robek jiwa :

nampak tak kasual dia? tapi sesuai ke nak buat hantaran ya?

yang ni pon nampak cantik. macam perempuan sangat kan? tapi nanti mesti tak pakai ! membazir !


yang ni pon ! awesome nya !

and ni. putih suci !

lihat pada gambar, memang banyak pilihan hati, tapi nanti apa yang dibeli? apa yang cantik di mata bakal suami. sebab nanti nak bergaya untuk dia, bukannya untuk orang lain kan? :)

tapi dalam berkenan dengan HP ni, dok ternampak gak Clarks yang cun meletop ! mula la rambang mata kan? haippp ! kesian bakal suami nak melayan sikap gelojoh bakal isteri dia ni kan. bersabarlah wahai bakal suami. jadi nak lebih pilihan kenalah kita ke butiknya yang berdekatan kan?

jadi misi mencari kasut sindarellah akan bermula hujung minggu ini bersama putera rajanya. hooray !


ok cukup setakat ni. akan hapdet lagi mengenai hantaran yang DAH beli ! (bukak tab baru, taip tonton dan layan episod abang adiputra semalam)

Monday, June 3, 2013

Menghitung Hari

assalamualaikum semua.

dah kenapa pulak tajuk post cenggitu kan? haha. hari ni rasa nak update pasal menghitung hari untuk menjadi isteri orang ! weehuuu ! nak kahwin ni weh !



kita rewind semula ya




ya ! kami bertunang bulan November tahun lepas dan inshaALLAH bulan November ni, kami akan disatukan. :)

salam tangan bakal mak mertua kau nyah !

yang ni taktahu kenapa. haha

moga jodoh kami berpanjangan hendaknya. aminn :)



memandangkan sekarang dah bulan Jun, kita andaikan ada lagi 6 bulan sebelum majlis berlangsung ! agak serabut kepala hotak ni bila memikirkan tempoh 6 bulan tu macam tak cukup aje !

tapi takpe. disebabkan mak dan encik tunang sendiri menyumbang dalam memberikan banyak idea dalam membuat persiapan, saya bersyukur ! alhamdulillah !