Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapura.

hye hearts!! :)


satu je aku nak cakap!



Mengada ngada! Kuat berlakon! Berpura pura!



Nice try TIGER!



it's fantastic! check it here!




Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid! 

Wednesday, July 27, 2011

Surat Nikah Dengan Pakcik. OMG !

hye hearts!! :)


aku terpaksa menikah denganmu esok! wahai pakcik JPA!



malam ni terpaksa pejam kan mata kuat kuat sebab esok ada date dengan pakcik JPA. doakan perjalanan dari seremban ke putrajaya hanya 20 minit seperti biasa! terima kasih!



borang pakcik pesan.
pakcik JPA pesan, nak dating esok jangan lupa bawak surat 'nikah' kami. penting katanya! baiklah pakcik JPA kesayangan! nafkah dah putus pun masih nak kena ikut arahan. *kan best kalau cucuk duit esok, ada nafkah dari pakcik JPA*



sakit mata aku, pejam kuat kuat! kbai!



- share the sweet joy here ! -



Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

Asal Usul Penyapu Lidi Aku.

hye hearts!! :)


pheww~ baru je selesai meraut daun kelapa nak buat penyapu lidi. *rajin kan?* ke korang tak kenal penyapu lidi? ke ada nama lain bagi penyapu lidi? haha. apa apa jela kan. yang penting rajin jugak aku ni rupanya bila duk rumah. haha. macam la orang lain malas kan. *insane*



atleast, lepas akak ipar aku tebang pokok kelapa belakang rumah nenek dia, actually, pokok tu bukan pokok nenek dia, pokok tu orang lain tanam, tapi mungkin orang tuh dah takde dan keadaan pokok tu membahayakan, makanya akak aku punya nenek pun ambil keputusan nak tebang. makanya, keputusan kedua diambil untuk mengambil daun kelapa supaya penyapu lidi dapat dibuat. *dah aku ni kenapa? nak cerita pasal pokok kelapa ke?*


sambung balik. lepas tebang je pokok tu, makanya dapatlah kami hasilkan 2 batang penyapu lidi  yang masih lembab, belum kering dan agak berat. *tahukah anda akan sifat fizikal penyapu ini?* makanya ianya akan mengambil masa dalam beberapa hari atau mungkin minggu untuk kering dan lebih selesa digunakan. paham?



zaman sekarang ni susah tau nak tengok penyapu lidi. semua main penyapu sintetik je. haha. well, aku orang kampung! jadi penyapu lidi yang bising lagi sakit kalau kena sebat tu memanglah menjadi idaman aku dan mak aku untuk menyapu di halaman rumah mahupun dalam rumah.




getah dia weh! bertanda tangan aku!


hasil rautan!

bukti. lalala~

dah basuh pun still ade getah lagi! yew! bajet jijik? ceh! siap ada tanda hirisan pisau tu! stail douh! haha.


ok dah. hari ni kita belajar asal usul penyapu lidi aku dan sifat fizikalnya. kbai!




-act like a star here ! -



Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

Demam Cucuk.

hye hearts!! :)



pagi tadi terbangun awal sebab anak buah yang sorang tu menangis. semalam dia kena cucuk, cucuk untuk yang 1 tahun setengah tu. kesian weh! huhu. sampai bengkak peha dia kene cucuk an doktor atau nurse tuh. cian bucuk anyah ni!



datang je pagi pagi buat muka cenggini. kesian dia! :(





nak jalan pun susah. asyik nangis je. jahatla doktor ni! uhuk uhuk! jalan pun tengkot tengkot je.




tapi bila dapat makan terus sihat semula! *kejap je*




tengok peha dia bengkak. huhu. sian aan makngah!

kalau dulu, mak cakap doktor suruh tuam dengan air panas supaya ubat tuh cepat berjalan. sekarang ni, nurse tu kata jangan buat pape. sebab ape? aku pun tak tau. aku bukan nurse! *agaknya sebab tu kot bengkak peha aan, ubat tak berjalan, tersekat kat situ. :#*



-it's georgous!-




Sama - sama lah kita klik. 

Status Aneh.

hye hearts!! :)


ada request dari membe kat FB untuk status status aneh!


sebagai contoh!


beautiful monster. *nama pun monster, beautiful ke?*


‎'baby, cuba kau renung mataku ini.' *euuuuw! ada something kot!*


kamu. kamu. kamu. kamu. hanyalah kamu di hatiku. *gewdik lettew!*


‎'bila ku di samping mu, peluk tubuhku.' *haip! bukan muhrimla!*






kena pulun, perah otak dan keringat untuk status aneh esok! perangai pelik! *aku lettew!*


ada ke yang baca blog aku pagi pagi cenggini? atau patut ke aku tanya, 'ada ke yang kisah status kao aneh ke tak?'? haha. PEDULIKKAN. *kalau tak, takkan lah siap ada membe request kan? BERLAGAK*


-you're gonna love it!-


Sama - sama lah kita klik. 

Tuesday, July 26, 2011

Diam Elak Dosa.

hye hearts!! :)


baru lepas melayan Qalesya musim baru. teringat plak dialog sorang budak tu.

"mak, mana ayah?"

"ayah ko masuk penjara!"

"haha. kali ni salah ape plak?"

"merompak!"

"haha. wah! dah naik pangkat! dulu meragut, sekarang merompak! haha."

"bertuah punya anak! bangga la tuh ayah ko masuk penjara?"

"adala banyak ni! haha." sambil tangan tunjuk sedepa. haha.


mengong tol dialog dak ni. haha. mak dia pun direct je melayan! haha. ngeng. ngeng. ngeng. haha. eh.. eh.. lupa lak tujuan sebenar aku buat entry ni. sebenarnya nak citer pasal tabiat ketika marah!



ok. ok. nak tanya ni, kalau marah korang suka buat ape? ada sesetengah orang tuh, dia akan DIAM *aku lettew!* ! bukan suruh orang lain diam. tapi dia sendiri akan diam. diam seribu bahasa macam orang kata. betul wa cakap sama lu. aku ni jenis yang suka membebel, tapi kalau sehari tu tengok diam macam orang takde mulut, paham paham jela ye. maknanya tahap kemarahan aku boleh dikategorikan sebagai tahap paling maksimum yang boleh menyebabkan kau disembur lava dari mulut aku ni. sebab tu aku pilih untuk diam.




bukan ape, kalau aku bising, macam macam bahasa yang keluar dari mulut ni nanti. sakit telinga kao nanti. baik aku diam kan? tak buat dosa kan? mak aku pun dah jadi paham sangat dngan perangai aku ni. kalau sehari dok umah diam je, mesti ada yang tak kena. kalau tak, kerja terpekik terlolong je kat umah ni.




encik abang tu aku tak pastilah paham ke tak. sebab bila diam, dia tanya aku kenapa diam. kang aku jawab kang, rentung pulak cik abang dengan bahasa bahasa aku. baik diam je. hehe. TAPI kalau aku tak marah, telinga kao bernanah pulak dengar aku bermadah! haha. so pilih la nak yang mana! haha.


marah - tak dapat dengar suara merdu.

tak marah - dengar suara merdu sampai telinga bernanah! haha.


haaaa.. pilih pilih. :p

DIAM!



-now, everyone can have it!-



Sama - sama lah kita klik.

Monday, July 25, 2011

Bunga Warna Hijau

hye hearts!! :)





tadi tengah berblogwalking, ternampak satu profile blogger ni. dia tanya, 'ada bunga warna hijau? sebab tu saya tak suka bunga.'. hehe. terus terdetik nak bagi awak tengok gambar ni!





hijau kan? hehe. ni special untuk awak! kehkehkeh.




taken at Putrajaya Floria 2011. :)




-something big is happening. check it out!-



Sama - sama lah kita klik.
 

AngryBirds.

hye hearts!! :)



alhamdulillah. sempurna puasa hari ni! puasa ganti. was was pulak rasa. kot kot la ada yang tak ganti lagi kan? lebih baik buat je. tak rugi pape pun. dapat kuruskan badan yang dah sedia kurus lagi adalah! hehe. slim you! puuiiii!




lepas selesai semua, dok dalam bilik, bukak skype! memba bagi link angrybirds. online game la. kenapa online? kenapa tak install kat laptop je? kerana ada masalah teknikal! bengang betul! dah 10 kali install pun dia dok bagi mesej yang sama. pasal 2048 x 2048. yela, aku takde android, ipad, atau pape je yang boleh digunakan selain daripada laptop kesayangan pemberian ayah ketika berusia 18 tahun ketika sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Kedah.



jadi kena lah install kat laptop kan. laptop kesayangan ni tak boleh nak main. tapi laptop encik abang boleh je main game ni! memang bengang! encik abang, jom kita tukar laptop! *jawapan dia, tak nak. kedekut*



pada yang senasib dengan aku. marilah kita klik SINI untuk main game ni!



pada yang dah ada android, iphone, ipad, imarahnitau. jangan nak buat I jeles!



oh ye! encik abang dah dapat kerja. Alhamdulillah! tak payah lagi la nak susah susah carik kerja lagi. kalau ada rezeki mintak government pulak! :)




p/s : encik abang baru bagitau. 'mak suruh kumpul duit untuk kahwin.'. terus laju je jantung ni! :p




-something tasty is happening! you better check it out!-


Sama - sama lah kita klik.

Atasi Masalah Jerawat

hye hearts!! :)



hari ni kan rasa tension sangat! jerawat naik dengan megahnya bila bangun tidur pagi tadi! eee... ni semua mesti sebab dah lama tak pakai satu produk ni. semua sebab sibuk nak cerahkan muka berbelang, bertumbuh tumbuhan la jerawat ni! eee.. geramnya aku!!




jadi, aku nak kongsi la satu benda ni, dulu, muka ni sangatlah berjerawat. teruk gila. merah sana, merah sini, benjol sana, benjol sini, and sekarang ni alhamdulillah. dah takde lagi jerawat since pakai produk tu. tapi bila produk tu dilupakan, pulun pakai yang lain, terus tak serasi. muka makin berminyak, makin berjerawat. damn! tension kot!





meh nak tayang muka yang dulunya mintak penyepak.





gambar ni diambil betul betul masa hari membeli belah produk tu. sumpah tak tipu. masa ni tengah praktikal. balik je terus beli, malam terus pakai.




teruk gilakan kadar pertumbuhan jerawat ni? tapi apakan daya. masa tu tak jumpa lagi produk yang sesuai. tapi sekarang, semuanya dah berubah. hehe. nak tau apa produk yang saya pakai? pijak SINI! dah pijak, jangan lupa datang sini balik, kerana di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung. *tetiba* haha.





haaaa.. dah tahu kan apa produknya?? nak kata flawless sekarang ni takde lah. melampau kan. kalau nak flawless gila gila pakai clorox, memang muka kau cantik tahap dewa dewi burung pipit. kenapa burung pipit? sebab pakai clorox jenama burung pipit! haha. cer tengok bawah ni. non edit k!


baru boleh tepek gambar besar gedabak bangga sebab jerawat dah kurang. alhamdulillah.





tapi sekarang, bila dah stop guna produk tu, sibuk nak guna produk lain, sebab nak cerah cepat, terus naik balik jerawat jerawat ni. tapi takdelah extreme sangat kadar pertumbuhannya. sekarang ni pun tengah tepek acne n pimple cream Himalaya untuk hilangkan jerawat ni. insyaALLAH, esok akan surut. berdasarkan pengalaman ye.




so, pada korang korang yang masih tak menemui jalan penyelesaian kepada masalah jerawat ni, cer try pakai produk ni. kalau kita tak cuba, kita tak tau. *sebab cuba cuba ni la aku selalu kena marah dengan encik abang!*




insyaALLAH. semoga berjaya~~

Sama - sama lah kita klik.

Tuesday, July 19, 2011

Vios

hye hearts!! :)



boleh tak tidur malam aku gini. asyik tengok Vios ni ngusha aku kan. kalau lah aku ada duit yang banyak sekarang ni. aku angkat sebijik dah ni!



korang tunggu apa lagi? jom usha usha kat SINI!



Sama - sama lah kita klik.

Kisah Hati.

hye hearts!! :)



Sejak dua tiga menjak ni, aku sibuk sangat melayan lagu sorang sorang dalam bilik. pehal entah aku sendiri pun tak tau la. lepastu melalak sorang sorang dalam bilik. haha. memang carik pasal je dengan mak aku kan. nanti mula la dia kata aku ni meroyan. huh! kena kau sebijik ain!



kat sini aku nak senaraikan lagu lagu yang aku paling GOMA dengar sekarang ni. siap dengan lirik. supaya korang boleh karok sama!




Alyah - Kisah Hati




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu

Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Di Mana Di Mana



Biar Hati Mencintai


Selamilah Cinta


Baby
Cuba kau renungkan mataku ini
Kasih
Kau akan lihat erti cinta dari renunganku
Renungkanlah agar kau mengerti

Baby
Dari mula seharusnya mengerti
Diriku
Kau akan lihat betapa hebatnya cintaku
Kerna aku permaisuri cintamu

Korus
Cinta bisa berubah segala
Segala-galanya
Cinta juga bisa membawamu
Terbang bersamaku

Cintailah cintaku ini
Dan aku akan cintai cintamu
Kerna tiada yang seindah cinta
Bila terpaku pada cintanya

Cintailah cintaku ini
Dan aku amat mencintai kamu
Percayalah kau akan rasa sesuatu
Bila kau selami cintaku

Selamilah selamilah cinta
 

Suka Sama Kamu


lagu ni pengaruh angah! hihi

Di Saat Aku Mencintaimu


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



lagu korang pulak ape? aku takde masa nak cari official video clip. haha. layan jela kan?






Sama - sama lah kita klik.

Apa? Ingat Aku Tak Boleh Buat Ke?

hye hearts!! :)


lama dah rasanya tak menulis dalam ini blog. rasa rindu giloss weyh! haha. sebenarnya aku dalam proses memutihkan kulit ni. gila lama weyh aku membakarkan kulit ini. 3minggu aku bakar. sekarang masa untuk aku menyejukkan kembali muka ini. semua orang dok tegur aku, kenapa muka cenggini. ingat aku buat pembedahan plastik ke huh? haha.


along aku paling tak boleh bla. kata dia, warna tu kekal selama-lamanya. agak agak sikit long, kalau sekata rentung nya takpe. ni rentung petak weyh!! siapa nak tanggung malu aku? haa, cer citer! tapi sebab dia along kan, aku tak mik port sangat la. ada sorang kakak ni lagi lah boleh dikategorikan sebagai insan yang telus! kerana apa? kerana dia dengan selamba nya cakap aku cenggini, 'muka ko ni ikut muka ayah ko, tapi ayah ko takdelah gelap sampai macam ni kan?'. haaaa, kurang ke tak kurang ayat akak ni? haha. aku rasa macam ada asap je yang keluar dari telinga ni tahu tak! haha. sabar sabar. tunggu bila aku cerah nanti. mesti korang datang kat aku dan cakap macam ni, 'wah, putihnya muka ko. ikut kulit siapa ni wei?' haha. memang aku akan buat muka riak dan terus terusan buat muka macam tu. haha.






 anyway, aku baru je pas mop lantai ni. haa, jangan nak buat muka terkejut. lempang laju laju dengan kelajuan maksimum nanti. asal aku sebut 'aku mop' je semua buat muka terkejut. mintak penyepak ke apa? haha. mengong wei! walaupun aku ni kategori yang suka naik motor besar, makan bersila bukan bersimpuh, lepas makan hisap jari, jilat pinggan, aku tetap perempuan wei. aku tau macam mana nak guna mop tu. aku nak kuatkan otot tangan aku ni dengan memerah rerambut mop tu. haha. almaklumla, orang dah biasa berkawad ni, tetiba takde kawad rasa pelik bila tak berpeluh pagi pagi. haha.




nasihat aku, janganla buat buat terkejut bila aku rajin. sebab kebanyakan masanya memang aku pemalas. haha. kadang kadang tu, kena suruh baru aku nak buat. tapi, lagi di suruh lagi la aku malas nak buat. sebab? tak ikhlas namanya. tunggula bila aku dengan rela hatinya nak buat, dengan ikhlasnya, aku pun dapat pahala buat semua ni kan? takdelah sambil buat sambil mengomel kan? haaa.




tapi, aku tak suka di arah. lepas tu, kalau nak mintak tolong aku tuh, mintak la elok elok. janganla buat ayat cenggini. 'lipat baju tu.' pergh. terkirap darah aku!




sekarang ni aku tengah fikir, nak buat apa lagi ea lepas ni? mungkin alih alihkan kerusi? interior designer weh! jangan kau nak main main! haha.




YA ALLAH. aku lupa, aku belum mandi lagi! haha. (kononnya khusyuk kemas rumah la ni wey! haha. SILA AMBIL PERHATIAN.)




chow dulu. nak mandi. haha. rajin tak kena tempat aku ni!


sila saksikan kerentunganku!



Sama - sama lah kita klik.

Tuesday, July 12, 2011

Semua Dah Selesai!

hye hearts!! :)


selesai sudah tauliah! tahniah semua! kita adalah yang terbaik! yang paling penting, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung!

bunga bunga dari yang tersayang.

apa yang aku buat ni?

dari atas kami di snap!


tarrrrbaeeeek!



Sama - sama lah kita klik.

Saturday, July 9, 2011

Pertauliahan Kor Suksis II

hye hearts!! :)












semua dah siap! selesai sudah raptai penuh pagi tadi! tahniah semua! tak sabar nak jadi PUAN! mak dan encik abang pun dalam perjalanan ni! hehe.



selamat bertauliah semua SUKSIS semalaysia!!


Sama - sama lah kita klik.

Tuesday, July 5, 2011

Rentung.

hye hearts!! :)

dah dekat 2minggu lebih ni berkawad. muka pun da hitam legam ala ala pelakon cerita tamil. haha.lu tak caye, lu boleh bla! haha. anyway, wa tak burn sangat sebab wa pakai sunblock clinique. haha. yang lain, rentung! jom ah layan gambar gambar rentung! haha.



 takdelah burn sangat kan? yang kanan tu je yang burn. haha.




oh ye, bila dah berkumpul dengan semua IPTA ni, mula la proses add mengeadd kat fb kan. haha. tak ketinggalan juga, kawan kawan blogger baru dari U lain, mula menfollow! haha. jom ziarah blog sorang budak UM ni!




Sama - sama lah kita klik.

Monday, July 4, 2011

Pertauliahan Kor Suksis

hye hearts!! :)

jemputan dah ada. makin dekat ni! takut pulak rasa. makin hari makin gelap kulit muka ni! haha. doakan kejayaan kami! AMIN!






jumpa di sana! :)



Sama - sama lah kita klik.

Friday, July 1, 2011

Hasrat dah Tercapai! Senyum Sampai Telinga!

hye hearts!! :)



fuh.. penat nya. bau pun dah masam sangat ni. tapi gagahkan diri jugak nak menaip blog! semenjak mula latihan kawad ni, memang takde masa ah! haha. mengantuk je kerjanya tau! ah, persetankan kawad ini, yang burn nya aku, yang hitamnya aku, bukan kao! haha. haaa. hari tu kan aku ada bagitau pasal membe yang pakai Ninja kan? ingat tak? kalau tak ingat, pijak SINI.



da ingat kan? ingat lagi tak, aku cakap tak puas hati kalau tak dapat bawak motor dia tu an? kalau tak ingat, pijak SANA. haha.


mai nak tunjuk bukti, cerita je tak guna, lu orang bukan nak percaya pun kan? haaaa.. wa tau!!



tak guna letak gambar statik ni. orang lain pon boleh ambil gambar statik kan? tak nampak rock ah! meh nak tayang lagi! kehkehkeh.





jom layan picture wa dicapture tuan punya motor! kehkehkeh!






haaa, nampak pergerakan gambar tuh? maksudnya motor tu bergerak ye. bukannya alihkan motor, amik gambar, alihkan lagi, amik gambar. haha. nada riak lagi bangga!




sekarang ni, makan dah kenyang, tidur dah lena, mandi dah basah, peluh dah masam. kerana? kerana wa dah riding motor lu der! tetiba tukar pulak intonasi an, semangat ninja ni! kehkehkeh.





















Sama - sama lah kita klik.