Tuesday, April 23, 2013

Macam Ni Ke Pegawai Kerajaan ?

bulan 4 tak lama lagi nak habis, tapi gaji bulan 3 aku still tak dapat dapat lagi. patut gaji bulan 4 dah nak keluar, aku tak dapat dapat lagi gaji bulan 3.


baru lepas call Pejabat Pendidikan Daerah Seremban tadi. niat hati memang taknak telefon sebab nanti diorang mesti cakap tak sabar sabar. padahal aku gi sekolah ni tak bawak duit langsung tahu !so nak dijadikan cerita, bulan 4 ni dah nak habis, aku terpaksa jugak telefon.


jadi bila dah telefon, macam biasa, macam bola lah aku dibuatnya. pas sana, pas sini. pastu cek sana, cek sini. bila dapat je cakap dengan pegawai berkenaan, dia suruh aku tunggu dulu dan aku
dengar dia cakap dengan kawan dia, 'GAJI LAMBAT,TELEFON'. gila menyirap lak kan.


macam ni ke pegawai kerajaan ? kau tengok kalendar, sekarang dah berapa haribulan? aku kalau takde duit, tak beria aku nak call kau lah ! serius manusia ni buat aku hilang sabar. mulut macam longkang !


bila dia dah cek semua, dia kata x proses lagi sebab hari tu kena reject, hari ni saya akan proses dan inshaALLAH dalam minggu ni dapatlah gaji tu. maknanya kalau aku tak call, memang kau takkan proceed la kan? macam tu kau buat kerja? mengular banyak dari buat kerja?


sakit hati aku ni hanya ALLAH S.W.T yang tahu. nak aku balas balik, nanti nama aku jugak yang buruk. jadi apa yang aku buat, bersabar jelah.


mak aku pon dah bising tanya kenapa aku sabar sangat, padahal dah sengkek gila ni. bukan aku malas nak call atau tak sabar sangat, tapi aku tak suka bila aku call, situasi macam ni yang aku hadapi.


jadi aku lebih suka diam, dari menggesa orang jabatan. dear pakcik yang kurang adab, sila baiki perkhidmatan anda, sebelum saya mula membuat laporan tentang anda. sekian, terima kasih !














No comments: