Wednesday, June 5, 2013

Persiapan 6 bulan sebelum

ada lagi 5 bulan 3 minggu 3 hari sebelum jadi isteri orang ni. nampak macam lama lagi, tapi bagi aku, macam tak cukup dah masa tu. semua nak kena buat, semua nak kena deal, semua nak kena beli. jadi seawal 6 bulan sebelum tarikh kitorang dah mulakan survey untuk semua benda termasuklah hantaran, katering, andaman, warna tema, doorgifts dan selingan yang lain.


jadi kitorang mulakan dengan food testing dulu. bagi aku, kalau sedap lauk sesuatu majlis tu, maka aku dah berjaya puaskan hati tetamu yang datang. jadi, kitorang survey katering dan atas pendapat abang and kakak ipar, kitorang pilih Sham Catering. katering ni ada kat area Seremban je. kata mak, tak nak ambik yang jauh jauh sebab takut ada isu dengan lauk nanti. takut basi ke, tak cukup ke, apa ke kan. maklumlah orang berpengalaman, kita ikut kata mak. kenapa? sebab mak makan garam lebih dulu dari kita.


so untuk Sham Catering ni, dia kira RM11.90 satu kepala which is berpatutan la aku rasa. before ni, masa kitorang tengok tengok dalam risalah, harga dia RM14 satu kepala which is totally agak tinggi harga dia. then bila dia turunkan harga, terus call encik tunang mintak dia turun Seremban weekend tu for food testing. makanan dia sedap. and akak yang serve kitorang pun baik budi bahasanya.  jadi terus hati tertawan katanya. haha.


jadi kata mak, ambik untuk 1000pax + extra 2 khemah. satu untuk vvip, satu untuk pelamin. jadi total khemah adalah sebanyak 8 khemah. kalau korang tengok dekat dia punya menu pun, memang takde hal lah sebab lauk dia semuanya sedap :)


selain itu, Sham Catering turut menyediakan lauk pengantin and kitorang tak perlu nak pening pening kepala siapkan lauk pengantin dan hiasan meja makan pengantin. haa senang kan kerja? then semua khemah adalah arabian canopy, meja bulat, percuma kek 3 tingkat, ada scallop. semuanya dah siap. hanya perlukan tetamu jemputan sahaja. total cost untuk katering sahaja adalah sekitar RM13*** ++ . ka-ching !! siapkan sahaja duitnya yaaa !


jadi kalau korang rasa berminat nak cuba, sila lah kunjungi mereka untuk food testing percuma pada hari Sabtu. jangan tak cuba tau ! sedappppp !

see !
kedai dia memang besar gila.
semua kelengkapan dia letak kat sana.
tapi untuk andaman, mak andam akan datang jumpa korang kalau berminat,
then boleh ke butik dia. :)


konklusinya, untuk katering, tak perlu pening kepala lagi sebab memang dah booked. dan dalam kepala otak sekarang ni tengah memikirkan andaman, doorgifts, photographer, videographer, kad kahwin, bla bla bla. banyak lagi kan?


ok. nak mulakan checklist sebelum semuanya terlambat ! :) buhbye !!

No comments: