Monday, June 10, 2013

malang tak berbau

06062013


tarikh yang takkan pernah aku lupa sampai bila-bila.



kemalangan melibatkan 4 biji kereta. 2 honda civic, satu vios, 1 sagaBLM. yang paling teruk, vios kitorang ni, yang melanggar kitorang civic dkt gambar bawah ni. dan kereta kitorang bergerak melanggar civic di hadapan. sagaBLM? tak payah cerita, dia paling teruk sebab dia yang buat kami semua berlanggar.


sedihnya hati melihat si vios putih jadi cenggini, hanya ALLAH S.W.T yang tahu. :'(
sedih lagi hati melihat anak buah terkoyak bibir. cepat sembuh ya sayang. :''(

tak tahu kenapa, sehari sebelum berlakunya kemalangan ni, anak buah aku yang suka mengekor ke mana sahaja aku nak pergi, macam berat je nak ikut aku. puas aku pujuk, aku umpan macam macam baru dia nak ikut.


tapi bila dah ikut, macam ni pulak jadinya. kita tak langgar orang, orang yang langgar kita pulak. mungkin dia berat hati nak pergi tu sebab dia tahu apa nak jadi agaknya. kalau aku tak ajak dia ikut, mesti dia tak jadi macam ni kan?



rasa bersalah dalam hati ni hanya ALLAH S.W.T yang tahu. masa lepas kena tu aku mula hiba. aku tak dapat bayangkan kalau kecederaan dia lebih serius dari ni. aku nampak bibir dia terkulai, aku nampak darah mengalir. lepas aku bersihkan, dia kata 'makngah, kakak mengantuk'. aku sedih, dan aku nangis bila tengok dia tidur. aku usap kepala dia, aku cium dahi dia. sumpah aku rasa bersalah dengan dia.



lepas kemalangan, kami bawak dia ke klinik. 3 klinik kami pergi. klinik pertama, tak berani nak terima sebab kena jahit katanya. dengar perkataan jahit, mata aku bergenang, Nafiesa dah mula menangis. 'kakak taknak jahit makngah'. aku dengar dia cakap macam tu, aku rasa sayu sangat, aku peluk dia dan aku cakap, doktor nak bersihkan je kakak. pergi klinik kedua, doktor rujuk kami ke klinik pergigian. kat sana, kitorang cuba tenangkan dia.


tapi apakan daya, dia dah berakal dan dia paham apa yang doktor cakap. doktor kata kena jahit, sebab takut nanti makanan masuk celah bibir yang koyak tu. masa doktor cakap macamtu, aku dah mula menangis. doktor sapukan ubat dekat kawasan yang nak dijahit, masa tu dia dah mula menangis, dia genggam tangan aku sambil menangis. dia jerit taknak jahit.


depan doktor, depan nurse, aku tak malu lagi dah. aku menangis sambil cium dahi dan tutup mata dia. aku taknak dia tengok jarum tu cucuk bibir dia. sakit kata dia. doktor bius dia 3 kali. aku menangis tengok dia menangis. aku tahu sakit, tapi aku taknak jugak luka dia jadi makin teruk.


2 jahitan di bibir. itu yang dia dapat bila dia ikut aku. lepas peristiwa tu, aku jaga dia dengan lebih rapi, aku pastikan dia makan antibiotik. malam malam dia tidur dengan mak aku. sebab taknak pastikan dia demam. aku belikan apa yang dia nak makan. aku pastikan dia kenyang walaupun susah dia nak makan.


alhamdulillah, hari ni, luka dia dah kering. dia dah boleh makan burger. gembiranya aku tengok dia dah sihat, tak dapat aku gambarkan.lepas solat, bila berdoa, aku minta pada ALLAH S.W.T supaya sembuhkan dia cepat. kuatkan semangat dia, dan lindungi kitorang dari segala kecelakaan.


walaupun anak buah, tapi aku sayang mereka sangat-sangat !

No comments: