Tuesday, June 4, 2013

Sindarellah

*kompang dipaluuu, pengantin baru. duduk bersandinggggg, tersipu malu*

haaa nampak keghairahannya? haha. siapa yang tak teruja kalau nak menikah weh. orang bisu pon teruja, cuma tak tahu macam mana nak diluahkan aje kot kan?


ok lah semalam lepas je update pasal menghitung hari, terus dapat call dari makcik ajak lepak MidValley. makcik ajak lepak weh. kau hado? haha. so kitorang decide naik komuter je sebab nak bawak anak-anak buah berjalan naik komuter dari Sungai Gadut. gigih kan? berjalan ke MidValley dengan anak buah ramai ramai. yang setahun jagung pun aku hangkut sekali. sudahnya, balik tu memang menggigil tangan menjaga dia yang sememangnya lasak tu.

ok masa kat MV, usha usha baju baby, mainan baby, jenama kereta tolak baby. nampak macam takde motif, tapi siapa tahu selepas 10 bulan kahwin, dah boleh pakai semua ni kan? haha. jauh sangat pemikiran aku ni. sila abaikan.

sebenarnya kitorang ni dalam proses menyiapkan barang hantaran. beli sikit sikit sebab nak beli sekaligus, boleh gugur segala apa yang ada di badan + tak cukup masa. so every weekend mesti kitorang akan keluar beli atleast satu barang hantaran. jadi semalam masa kat MV, lalu depan Hush Puppies and nampak lah jugak kasut yang berkenan di hati. kat Seremban ni tak berapa nak banyak sangat pilihan dia, (alasan sebenarnya nak berjalan sampai ke MV dengan encik tunang nanti) jadi bila dah ternampak yang berkenan tu terus rasa nak ajak dia ke MV minggu depan.

antara yang merobek-robek jiwa :

nampak tak kasual dia? tapi sesuai ke nak buat hantaran ya?

yang ni pon nampak cantik. macam perempuan sangat kan? tapi nanti mesti tak pakai ! membazir !


yang ni pon ! awesome nya !

and ni. putih suci !

lihat pada gambar, memang banyak pilihan hati, tapi nanti apa yang dibeli? apa yang cantik di mata bakal suami. sebab nanti nak bergaya untuk dia, bukannya untuk orang lain kan? :)

tapi dalam berkenan dengan HP ni, dok ternampak gak Clarks yang cun meletop ! mula la rambang mata kan? haippp ! kesian bakal suami nak melayan sikap gelojoh bakal isteri dia ni kan. bersabarlah wahai bakal suami. jadi nak lebih pilihan kenalah kita ke butiknya yang berdekatan kan?

jadi misi mencari kasut sindarellah akan bermula hujung minggu ini bersama putera rajanya. hooray !


ok cukup setakat ni. akan hapdet lagi mengenai hantaran yang DAH beli ! (bukak tab baru, taip tonton dan layan episod abang adiputra semalam)

No comments: