Monday, July 8, 2013

Mencari Kepuasan Dalam Almari Pakaian

orang kalau nak kahwin ni, memang cepat je terasa masuk bulan baru ea? rasa macam baru semalam ada lagi 5 bulan sebelum kahwin, hari ni tengok lagi 4bulan 3 minggu je lagi. haha. semak weh ! semak !

diam tak diam, dah ramai membe yang naik pelamin sekarang ni. ada yang masa raya, ada yang lepas raya. tapi yang paling syok, anak buah aku dah bertambah sorang lagi. haha. kak kepada bakal suami aku baru je lepas melahirkan seorang bayi perempuan yang lebih kurang cute macam aku *ada kaitan ke aku dengan anak kak dia?* haha. hi Nur Zara Humairah ! makngah tengok, kamu ni comel sangat. nanti kita jumpa ya? geram dah ni. oh ya, lagi beberapa hari, tambah lagi sorang plak, adik ipar bakal suami pon akan melahirkan seorang bayi yang comel. bayi lelaki. semoga dipermudahkan ya, adik ipaq? kikiki.

so sekarang ni dalam kekeliruan, nak tulis entry pasal anak buah ke pasal kahwin? haha. biasalah kan, setiap sesuatu tu pasti akan ada mukadimah nya kan? sooooo, kita sambung tentang kahwin ! ya, KAHWIN !


entry lepas, aku berada di dalam tahap yang serba salah untuk tempah baju nikah kat tailor yang ohsem atau tidak. sampai sekarang, masih belum berjumpa dengan tailor yang bersesuaian selain Yoong Yoong. kadangkadang fikir, tak salah kalau nak buat baju kat sana, nanti boleh serahkan baju nikah tu dekat anak perempuan pertama yang nikah kan? cliche sangat kau ! kau ingat anak kau takde taste ke nanti? dia pon ada design idaman macam kau! haha. padan muka aku. tapi, pasal baju kita hold dulu hokkay !

so, dalam beberapa minggu yang lepas, kitorang aka bakal pengantin dah mengusha set katil atau set tempat tidur untuk majlis kahwin nanti. pilihan banyak, jadi rambang mata pun berlaku seketika di situ.

masa memilih set tempat tidur, benda pertama yang aku tengok adalah almari pakaian ! ya, bagi aku, kebahagiaan seorang isteri terletak pada keluasan atau pun keselesaan almari pakaiannya. sumpah cakap, aku kalau boleh nak wardrobe yang besar gedabak sebab for sure banyak partition dalam almari tu. haha.

ni antara idaman aku.
kalau boleh nak ada wardrobe yang besar cenggini !!
but finally kitorang decide untuk ambil almari 6' x 8'. sliding ! sebab jimat ruang !! agak besar and agak puas untuk aku simpan baju aku dan laki aku nanti. hooray ! kepuasan berada pada tahap maksimum ! ok untuk tilam, katil dan meja solek, aku serahkan pada bakal suami untuk memilih sebab yang tu aku ikut keputusan dia. cuma almari pakaian, aku memang cerewet sikit. haha. oh ya ! lupa nak bagitahu, almari makeup pon aku cerewet sebenarnya, cermin kalau boleh dari kaki sampai kepala. senang nak tengok dari hujung kepala ke hujung kaki. hehe

so selepas beberapa jam memilih kat kedai perabot tu, dia pilih katil yang simple but nice. dan tilam boleh tahan mahal gak la kan. haha. tapi akak yang tolong kitorang decide tu memang bagus la. dia pilih bukan berdasarkan harga, tapi kualiti. dan siap bagi free gift apa ntah. aku pon dah lupa, katanya, protector yang sesuai untuk pengantin. tettt ! 18 tahun ni. bahaya kakak ni tau.

ok sekarang ni rasa macam nak suruh orang tu hantar set tempat tidur sekarang sebab tak sabar nak guna wardrobe dia. haha. tapi nanti x surprise la kan. aku dah tidur dulu kat katil tu. haha. so tunggu la lagi sebulan nak kahwin, baru suruh depa hantaq kan?

maka hati, bersabarlah engkau. ok sampai sini je. nanti nak story tentang kad kahwin pula !



p/s : jangan lupa, Rabu kita dah mula puasa ! selamat menyambut ramadan al-mubarak semua !

No comments: