Wednesday, July 27, 2011

Asal Usul Penyapu Lidi Aku.

hye hearts!! :)


pheww~ baru je selesai meraut daun kelapa nak buat penyapu lidi. *rajin kan?* ke korang tak kenal penyapu lidi? ke ada nama lain bagi penyapu lidi? haha. apa apa jela kan. yang penting rajin jugak aku ni rupanya bila duk rumah. haha. macam la orang lain malas kan. *insane*



atleast, lepas akak ipar aku tebang pokok kelapa belakang rumah nenek dia, actually, pokok tu bukan pokok nenek dia, pokok tu orang lain tanam, tapi mungkin orang tuh dah takde dan keadaan pokok tu membahayakan, makanya akak aku punya nenek pun ambil keputusan nak tebang. makanya, keputusan kedua diambil untuk mengambil daun kelapa supaya penyapu lidi dapat dibuat. *dah aku ni kenapa? nak cerita pasal pokok kelapa ke?*


sambung balik. lepas tebang je pokok tu, makanya dapatlah kami hasilkan 2 batang penyapu lidi  yang masih lembab, belum kering dan agak berat. *tahukah anda akan sifat fizikal penyapu ini?* makanya ianya akan mengambil masa dalam beberapa hari atau mungkin minggu untuk kering dan lebih selesa digunakan. paham?



zaman sekarang ni susah tau nak tengok penyapu lidi. semua main penyapu sintetik je. haha. well, aku orang kampung! jadi penyapu lidi yang bising lagi sakit kalau kena sebat tu memanglah menjadi idaman aku dan mak aku untuk menyapu di halaman rumah mahupun dalam rumah.




getah dia weh! bertanda tangan aku!


hasil rautan!

bukti. lalala~

dah basuh pun still ade getah lagi! yew! bajet jijik? ceh! siap ada tanda hirisan pisau tu! stail douh! haha.


ok dah. hari ni kita belajar asal usul penyapu lidi aku dan sifat fizikalnya. kbai!




-act like a star here ! -



Sama - sama lah kita klik supaya saya dapat bina masjid!

4 comments:

b@dut s@rk@s said...

buatkn satu tok abg??tok umh abg..haha

ain.alias said...

ade pokok klpa x kt umh?

saharinasaharudin said...

sama la.rin pun prefer pnyapu lidi dr pnyapu biasa tu.cm best je gna pnyapu lidi.rase lg bersih.hehe

ain.alias said...

haha. betul rin! lagi senang! kalau tercabut boleh pasang balik.. kalau penyapu sintetik tuh, tercabut, buang je terus haha