Wednesday, May 25, 2011

Nanti Saya Cari Kerja Ya?

hye hearts!! :)



susahlah bila da habis belajar ni. duduk rumah takpe. tapi kalau keluar rumah nak sidai baju, nak sapu rumah, tetiba lak ada pakcik makcik atuk nenek yang lalu, soalan diorang yang pasti, 'dah kerja dah dik?'. dem! tension siot!



kadang kadang tuh rasa macam, bila pakcik makcik atuk nenek tuh lalu, nak bagi jawapan siap siap, 'belum lagi. tolong mak buat bahulu ajela.'. nanti kata biadap pulak kan? haha.




well, sebenarnya bukan nya wa taknak kerja, tapi kan, sekarang ni wa tengah buat shortsem, kelas setiap isnin and rabu je. so, hari hari yang lain tuh, pakcik makcik atuk nenek ni selalu la nampak wa kat rumah kan. tu yang kerja diorang tak lain tak bukan tanya wa dah kerja ke belum. dem! wa tension ni!




apa? part time? ok, wa memang nak buat part time, tapi wa demand, isnin and rabu tak mahu kerja. terus diorang halau wa keluar premis, jangan datang datang lagi. baru nak jadi waitress kau dah demand ye? =.=




so, how? lagi pun, lagi sebulan kelas wa nak habis. lepas tu, wa nak berangkat ke johor pulak. wa ada pertauliahan kor sukarelawan polis siswa/siswi. tak ke namanya sengaja carik pasal lagi ngan premis tu? haha.




sebab tu wa malas nak kerja sekarang ni. mak wa pun cakap, buat setakat yang mampu, bila da free, dah boleh bagi full komitmen, barula carik kerja. tak kira la part time ke full time kan?




anyway, wa ade apply SPA. haha. bak kata kawan kawan  wa, kau tunggulah berzaman zaman baru diorang respon. haha. takpelah. wa masuk polis je la kan? haha.




tak sabar wa nak tunggu setahun akan datang. nasib baik wa JPA scholar, kalau tak, wa dah kerja sendiri dah!





Sama - sama lah kita klik.

2 comments:

b@dut s@rk@s said...

t polis da bkk permohonan bole la apply ea....

aienalias said...

tapi tak kuat lari. guane?