Monday, May 16, 2011

Adat Perpatih.

hye hearts!! :)



selesai sudah orang kahwin. asyik asyik orang je yang kahwin, yang aku ni bila ye dak? haha. bukan gatai, tapi tak mahu tunggu lama. huhu.





ingatkan nak pergi majlis kahwin sehari awal, tapi disebabkan Maharaja Lawak ada, terpaksa batalkan niat nak pergi sehari awal. haha. nasib lah kan. Maharaja Lawak jugak yang aku nak tengok sangat! padahal Nabil tak berapa nak mengancamla. demam pulak dia. kesian Nabil. huhu.





berbalik pada cerita kahwin tadi. korang pernah dengar tak adat perpatih? mesti pernah kan? kat sekolah dulu dah belajar la, walaupun tak berapa nak mendalam kan. tapi yang penting, mesti tahu dan paham sikit sikit kan?





kaitannya entry ini dengan adat perpatih bermula dengan kisah, kawan kawan lelaki aku semua taknak kahwin dengan orang negeri sembilan. bila aku tanya kenapa, semua buat muka stok nak mintak penampar. takut ke malu entah nak bagi jawapan. cakap jelah kan. aku bukannya makan orang!





bila dah desak banyak banyak kali, baru nak bagitahu. kata diorang, kalau kahwin dengan orang negeri sembilan ni, nanti harta semua pergi dekat bini negeri sembilan tu. jawapan aku, KEPALA HOTAK KAU! sesuka hati je buat kesimpulan sendiri kan? haha. kan dah kena!





sebab kenapa kebanyakkan orang taknak kahwin dengan orang negeri sembilan ni semuanya sebab harta. sebenarnya korang ni dah salah anggap ni. harta yang di maksudkan bukanlah harta keluarga, tapi adalah harta keluarga bini kau tu sendiri la. takkan sekali kali kami ni, wanita negeri sembilan nak ambil harta suami tau!





sebagai contoh, orang penang kahwin dengan orang negeri sembilan (nak jugak bagi contoh penang. haha. gatal!). lepastu keluarga perempuan negeri sembilan ni ada tanah yang berpuluh puluh ekar dan rumah pusaka, jadi, tanah tadi akan dibahagikan kepada anak perempuan mengikut bahagian masing masing. yang rumah pusaka tadi tu pulak, jatuh kat tangan anak perempuan yang paling bongsu dalam keluarga tu.





so sekarang, harta yang dimaksudkan, memang tiada kaitan langsung dengan harta keluarga lelaki. kalau diikutkan, lagi untung kahwin dengan anak perempuan negeri sembilan ni tahu tak! harta ada, bukannya nak menghabiskan harta suami aje. paham? haha.





lepasni, jangan lah berebut rebut nak ngorat anak dara negeri sembilan pula ye? haha. well, terlerai sudah kekusutan ni. haha.






nak pergi cari broadband la. senang sikit nak mengonline kat rumah!






*_____* tengah sibuk menyenaraikan nama anak anak masa hadapan. :)





ps : broadband dah ada! hehe.




*gambar konvo!


Sama - sama lah kita klik.

5 comments:

beyephnua14 said...

oh mknenye pas kawin sume pmpuan tanggung la?
bestla
hahaaha

b@dut s@rk@s said...

hahahaaaaa....
den kisah pe,jnji den sayang dio..hehehe

ain.alias said...

hariz : hahaha. ni mmg nak kene pale hotak lagi la kalo pmpuan yang tanggung! hahaha


badut : dio syg ekau ko? bhahaha

beyephnua14 said...

hahaha
hariz?
plik je nme btul disebut
hahaha
eh bkn mmg cmtu eh?
pmpuan tggung laki?
hahahaha

ain.alias said...

bnyk cantik? haha. sepak kang! la, sweet kot panggil nama penuh! haha