Tuesday, May 31, 2011

Jalan Ampang Ke?

hye hearts!! :)



hari ahad lepas, kami pergi Jalan Ampang. bajet nak naik kereta, tapi bila naik je highway dari Seremban, tengok kereta macam main enjit enjit semut je, terus tukar plan nak pergi Jalan Ampang naik motor. park kereta kat UKM, tukar motor encik abang kat UKM tu. haha. nasib baik ada backup plan nak ke Ampang!




dari tadi terAmpang Ampang, lempang jugak kang tak bagitahu nak buat apa kan? haha. pergi Ampang tuh nak melawat kawan kat sana, kat Gleneagles Kuala Lumpur.




tapi tak dapat jumpa pun sebab dia tengah buat kimo. tapi kami tunggulah jugak sampai malam. dekat pukul 10. tetap tak jumpa jugak, sebab kimo habis around 11 malam tu. terpaksalah melangkah pergi. huhu. sedih. nak sangat jumpa, tak jumpa jumpa jugak.




bila dah lama menunggu, perut pun rasa lapar. tup tup, encik abang ada dapat kupon pizzahut, apa lagi, melantak pizza lah kan. haha. mangsanya? wa la! siapa lagi kan? haha. nasib lah kan. wa yang ajak, wa ah yang kena belanja kan? bajet, orang yang ada kupon la yang belanja kan, tapi tidak, wa kena ketuk! walaupun wa tak makan pizza, tapi wa layan gakla sikit sikit kan! haha. kesian wa weh!





pilihan wa. guna kupon juga! 25% off for each item.

salah pilih lah depa ni, simple sangat pizza ni! tak meriah!

sebelum ni, dia buat muka tak puas hati sebab wa nak amik gambar pizza je, bukan dia. haha.

 kami pergi bertiga je. yang 2 orang lagi memang rugi ah sebba wa tak belanja pizza kan? mungkin takde next time! haha.





ahad wa belanja pizza, isnin cik ropi belanja boling pulak! haha. sampai 3game kitorang main. sempat jugak la berkenal-kenalan dengan adik adik lane sebelah. haha. siap tanya lagi, 'akak, kenapa akak terror sangat ea?' haha. wa tak cakap, tapi dia yang tanya. haha. obvious sangat kan? haha.




buat adik tu, kalau terbaca entry akak ni, nanti kita fight ye? haha. adik belanja tau! haha.





*_____* tengah menunggu gambar points boling semalam. haha. :) wa menang 2x beb!





Sama - sama lah kita klik.

2 comments:

b@dut s@rk@s said...

hahahahaha..t kita mkn domino plak k..ceot bnje wanmer jugak

aienalias said...

ah! takde de!