Wednesday, February 23, 2011

Kalau Cuti, Harus Buangkan Masa

Isnin - Kerja


Selasa - Kerja


Rabu - Kerja


Khamis - Kerja


Jumaat - Kerja


Sabtu - Kerja / Suksis


Ahad - Aktiviti Luar


hye. hye. assalamualaikum semua.


maka, dengan catatan di atas, hari cuti adalah hari bermakna untuk saya. ya. sangat bermakna. harus membazirkan nya dengan sesuatu yang berfaedah. kerana, hari-hari lain sudah terlalu banyak dibazirkan. jadi, tak kira lah hari cuti jatuh pada hari apa pun, harus dibazirkan. tahniah ain. anda berjaya membazirkan hari anda.






ok. sekarang harus senaraikan kegiatan pada hari cuti.










pertama.

ke kedai buku. *bajet nerd*









kedua.

ke kedai abang tuff. *sendiri bajet nak tuff*









ketiga.

makan aiskrim. *bajet dapat gembirakan anak buah*












ok. ok. huraian ni bukanlah harus. tapi selalu dibuatlah. haha. balik rumah masa cuti, tak tahu nak buat apa. nak tolong mak buat bahulu, mak pulak tak nak buat. haha. oh ye.








'mak saya pengusaha bahulu serta mee kuning.' iklan ini adalah iklan berbayar.




lepas dah tak tahu sangat nak buat apa, kejutkan encik abang,



'jom pergi MPH takpun POPULAR.'



'bila?'



'sekarang. siap cepat. hehe.'



"ok. ok. abang siap."





lantas, kami bergerak ke kedai buku di JUSCO Seremban 2. kata encik abang, senang nak parking. dekat pun dekat. baiklah. turutkan sahaja.




sampai di sana,



'makngah, kedai buku mana nak pergi?'



'yang tu. masuk dalam tuh.'



'abang and kakak nak buku apa? pergi carik, da jumpa carik makngah kat sini. ok?'

*sangat berdikari kan mereka? takperlu makngah follow. haha*


'ok. jom pergi sana. abang nak beli komik.'




apa?? komik?? layankan sahaja. beli buku yang dia minat, maka dia akan baca rajin-rajin. jadi pandailah dia membaca kelak. ini teori makngah ainceceot!




tak puas cari kat POPULAR, dia nak pergi MPH pulak. ok, kat sini makngah rembat satu buku sudoku. dan anak-anak tak rembat apa-apa. nak pergi popular balik. suka kenakan makngah kan? takpe. takpe. masuk popular beli komik and kakak beli buku suku kata.



'nah duit, pergi kaunter tu dan bayar. ok?'



'ok'












abang jangan lupa baca buku tu. nanti balik makngah nak dengar cerita tu. haha. n kakak, tahniah kakak. rajin macam makngah. haha. encik abang tak beli apa-apa. katanya nanti lah. hehe.




lepas pergi MPH, pergi Fitness Concept pulak. tempat kegemaran encik abang. kat sini mereka wat aksi terlarang. haha. layan kan gambar. orang sibuk angkat dumbbell, si kecik ni pon nak jugak angkat. siap julang-julang lagi. macam ahli bina badan. haha. ada hati ea kau gemok? haha. busuk-busuk makngah ni.



 taken by nafiesa ridanie


 ok. dia tak puas hati. kena paksa amik gambar.

 amboi! khusyuknya!! tengok apa agak-agaknya ea? haha.

.....


.....


.....


.....


.....







 wow! mereka terkedu melihatnya. haha.



 nak yang tuh ye? nanti kita beli ok. nak bawak naik motor susah lah. haha.


 yang belakang tuh. sibuk.





dah penat jalan, pergi carik aiskrim pula. nyum. nyum haha. masa ni kerana terlampau khusyuk makan aiskrim, encik abang langgar seorang budak kenit. sian dia. haha. sangat comel bila dia terjatuh. haha. maapkan kami adik comel. dia bersalah. haha.



dan! bukan budak tuh sahaja yang dianiaya! saya juga. ya. saya. masuk dalam kereta, aiskrim terjatuh. tapi kon je yang kotor. niat hati nak ambil, belum sempat, encik abang masuk kereta dan terus pijak. wuwuwu. sedeyhnya!



'sori. sori. abang tak sengaja.'



'nah makngah. ambil kakak punya.'



wuwu. terharunya. kakak bagi, encik abang pun bagi. buat muka kenyang. haha.




maka, haruslah beredar pulang. nak pergi hospital pula. tengok paklong. excident langgar kerbau. haiyaaa. sian paklong.


 dia sangat buas. amik gambar tak reti diam!



masa nak balik, lalu depan Fotokem, si kakak jerit,
'makngah, dia amik gambar kita.'



'mana?' *pantang dengar perkataan amik gambar*



'tuh.'






'yang ni? sampai hati kakak tipu makngah. sob. sob.'


padan muka sendiri kan? anak buah kencing makngah dia. haha.








dalam perjalanan, nampak AIR KELAPA PANDAN. harus pusing semula dan beli!!


'bby nak berapa?'


'abang belilah 10'


'banyaknya?'


'ramaikan kat rumah.'


'betul ni?'


'7 jelah. hehe'


'ha, tahu pun. nasib baik beli sikit je. kalo 10 tadi kembung lah perutnya.'


'dah. jom balik. hehe. tak sabar nak makan tengahari'


'kakak tak sabar nak baca buku ni.' *semangat buku baru. haha.*

 sedapnya ayor ni.










*_____* bila lagi lah nak cuti kan?

No comments: