Wednesday, February 9, 2011

Satu Hari Di Bulan Praktikal.

assalamualaikum. hello semua.


sana sini kita dengar orang bercakap pasal isu kat Mesir. kat Ofis aku praktikal ni pon tak kurang gak hebatnya. telefon berdering, ring ring ring, ku angkat ku dengar suara.




'helo, saya nak tahu lah keadaan anak saya di mansoura'.
'helo, ni macam mana keadaan kat mansoura ni?'.




pergh. memang berbuih tahu aku nak menerangkan kat mereka nih.




'keadaan tenang, ada staff kita kat sana yang menjaga anak puan ye. kita minta ibu bapa jangan risau ye. sebab ini akan merumitkan keadaan dan anak-anak akan panik.'




jawapan aku macam pro kan? haha. padahal, TIDAK! nasib lah. aku baca kat news and aku ikuti perkembangan semasa. PANGGG! berlagak lagi, kan dah kena. aku jawab sekadar apa yang aku tahu aje lah. dan berdasarkan apa yang diterangkan kat aku. kalau aku kena tipu, maka semua orang kena tipu. wallahualam.



tapi! ada satu hari tu. *kilat sabung menyabung* datanglah parents nih. nak tanya pasal anak perempuan dia. and aku pon layanlah macam biasa. tapi yang menjadi isu di sini adalah, aku rasa mak budak ni sangatlah kekurangan budi bahasa. rasa macam mak dia nih kena pergi sekolah balik. belajar sivik. geram.


tapi bapak budak ni ok lagi. takdelah sampai nak kekurangan budi bahasa. mak dia je. datang datang je, ayah dia tanya.




'ni, saya datang nih nak tanya pasal anak saya'. dengan loghat pantai timur.
'ouh, anak tuan di mana ya? Mansoura ke, Alexandria ke, Cairo?'
'anak saya di Mansoura, di Syarik el-seddeeq.'
'ouh, tempat tuh selamat tuan. tak perlu risaulah. masih dalam logistic area GMN.'






tetibe mak dia mencelah. mendidih.

'ni, anak saya cakap dia tak tahu apa-apa pasal evacuation.'
'memang kita tak keluarkan apa-apa arahan lagi.'



pastuh mak dia nih pulak, style dia kalo bercakap, tak pandang muka kita, mata terjegil. bajet samseng.

 
'tapi puan, kami ada staff di sana yang jaga semua student. kalau ada apa-apa update mereka akan inform pada anak puan.'





mak dia buat muka tak puas hati lagi. aku dah mendidih. rasa macam nak jegil balik kat makcik tuh. geram! kang aku buat, kata kurang ajar pulak kan? baik aku diam and layankan sahaja. cis. cis. cis.


lepas abis semua diskusi tuh, ayah dia nak hantar duit kat anak dia bagai and bagi sumbangan. aku setelkan semua tuh and aku bagi slip pembayaran kat diorang.


mak dia?



still wat muka tak puas hati.


what the HARAM JADAH????


and then berlaku satu situasi yang memang buat aku melabelkan makcik ni sebagai makcik yang kurang di ajar.


dia amik kertas yang aku bagi kat dia tadi and dia campak atas meja. and dialog dia berbunyi begini.

'kita dah hantar ikut sini, so jaga lah elok-elok.'


what the heck makcik???

makcik tahu tak berapa ramai student kat sana yang staff kita kat sana nak jaga? sabar lah. menjadi tanggungjawab makcik nak informkan apa-apa update kat anak makcik. kami ada banyak tugasan. tak kan kami nak call semua student? mana tanggungjawab makcik n pakcik?

aku tak cakap pun camnih kat makcik tuh. gila?? nak kena an boss ke?? haha.




bila dia bla, aku pon cakap, TERIMA KASIH YE TUAN. TERIMA KASIH YE PUAN.


kalau aku nampak anak dia nanti, aku nak cakap satu je, 'dik, bila besar nanti, dah kahwin, banyak duit, hantar anak belajar medic kt oversea, tolonglah, tolong jangan layan orang macam apa yang mak adik buat. sungguh tidak sopan.


*_____* tak tahu dah nak wat macam mana kat orang yang macam tu.

agak-agak aku biadap tak kalau aku realisasikan ayat aku yang panjang tu?

1 comment:

Anonymous said...

belajar banyak