Tuesday, February 22, 2011

Mari Kempis Bersama Ceot.

'Eh, tengok mamat tu. hensemlah'



'haah la. wah, chinese look'



'hei korang. tengok perut dia'



'ee.... boroinya. muka hensem, perut buncit out!!'





haa.. mesti jatuh saham kan kalau lelaki muka hensem tapi perut boroi. haha. nak buat macam mana. hati senang. malam-malam lepak mapley. makan sana, makan sini, mana tak buncit kan? haha. justeru itu, saya dengan bermurah hatinya, dan berbantukan iluvislam.com, saya dapatkan tips-tips di bawah. credit to iluvislam sepenuhnya dan kevinzahri.com.



tapi ingat, bukan lelaki je yang buncit, wanita juga ok! haha. haruslah mengempiskan nya ok. malu tau! lagi-lagi kalau duduk kat kedai makan.


'geli.' kata encik abang.



'baik.' buat muka paham.

kempiskan perut saya? hehe.




ok, antara tips yang boleh kita-kita semua buat ialah:






pertama.

Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melakun beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.




kedua.

Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.



ketiga.

Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).



keempat.

Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin



kelima.

Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!



keenam.

Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!



ketujuh.

Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.



kelapan.

Jaga kalori anda. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda perlu cipta kalori deficit untuk membakar lemak berlebihan.



kesembilan.

Latihan kardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar kalori berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!



kesepuluh.

Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!






ha, dah tahu, maka haruslah ikut. bereh? kalau mahu kempis. hehe.
selamat mencuba ya rakan-rakan.








sedikit info mengenai kevin zahri.








Kevin Zahri merupakan graduan ijazah Kejuruteraan Mekanikal (minor Ekonomi) dari Universiti Northeastern (Boston), Amerika Syarikat. Beliau merupakan fitness selebriti Malaysia dan juga dikenali sebagai cikgu fitness. Dalam beberapa tahun ini, beliau telah meninggalkan impak dan kesan yang begitu besar dalam industri kesihatan dan kecergasan sebagai hos TV, penceramah, penulis dan web entrepreneur. Kevin Zahri menulis di dalam beberapa majalah dan juga web peribadi, kevinzahri.com.

No comments: