Friday, April 1, 2011

Dia Belikan Jeruk Yang Kami Pesan Weh! Haha.

assalamualaikum semua. ;)



kejap je hari ni dah hari khamis. rasa macam baru semalam Rabu. *semalam memang Rabu la labu!* eh. eh. rasa macam baru semalam Ahad. logik sikit kan? baru nampak macam, 'cepatnya masa berlalu'. koya sikit! bahaha. tapi dah lepas kul 12, dah hari Jumaat la!



minggu lepas hari yang sama, tarikh berlainan, waktu yang sedikit lari, encik abang balik rumah dia, dekat Penang, kat mana? Bukit Mertajam. haa, hangpa semua hingat aku tak tau ka? haha. aku tau la! tetiba nada berubah menjadi utara. haha. hang ingat aku heran? haha.



encik abang balik sebab nak tengok mak dia demam. dah 2 minggu tak kebah kebah juga. wuwu. kesian kat mak encik abang. encik abang ajak ikut, tapi takpe lah kan. nanti mak tu dah la tak sihat, datang aku minta makan yang bukan bukan pulak. haha. lagi parah nanti mak dia kan. so, tindakan yang terbaik adalah duduk diam di rumah sendiri sambil tolong mak buat bahulu. haha. rajin kan aku? baik cakap ye, kalau tidak, aku akan menghantui hidup kalian semua. haha.



bila dah sampai, dia cakap mak dok baring ja. tak larat lah tu kan? klinik sudah, ubat sudah. aku pun suruhlah pergi berubat kampung kan. *nampak sangat kau ni kampung ain!* and tetiba dapat idea, 'bagilah mak minum air 100+'. erk, ada kaitan ke? aku pun tak tahu. tapi kan 100+ ada isotonik. bhahaha. teori apa yang cuba kau sampaikan ni? bhahaha. sila perbetulkan saya ye? hehe.




bila dah balik penang, haruslah balik sini bukan dengan tangan kosong kan? malam sebelum berangkat balik, kami dah pesan jeruk bukan bukan weh. haha. dapat tak dapat belakang kira. order je dulu, bayar pun belakang kira lah kan? haha. tup. tup. sampai je, dia bagi banyak gila jeruk! *nampak sangat gila jeruk. nak perli la tuh. tahula dok penang dah tak larat nak makan jeruk kan?*



so, marilah kita ramai ramai makan jeruk ni ye? kalau nak, sila halo halo gwa di talian 1-800-kauhingatakunakbagisangat dengan italk ok! lagi murah. haha.







ok lah, out dulu, nak makan jeruk sambil gelak gelak macam kuda!



erk, kuda makann jeruk tak? bhahaha.



papai!



terima kasih baca. <((((((((((((((((◕‿◕)⊰




Sama - sama lah kita klik.






Suka entri ini, tetapi tak berapa suka blog ini, boleh klik sini aje. ✿(*^ -^*)✿

5 comments:

b@dut s@rk@s said...

nk sikit!!!!

ceotgilalensa said...

tak boleyh!

Mint said...

Nati dtg penang, jumpa Mint.
kita bli jeruk jom ! :D

azilasamsudin said...

kate nak bg jeruk...balik umah plop ye.

ceotgilalensa said...

mint : sila emailkan contact number. sng nak ajak g beli jeruk nnt! hehehe.


zila:hahaha. mintak maap ye. tetiba je nak balik. hehehe